1. Benar kah Tun Dr Mahathir mahu jawapan berkaitan urusniaga 1MDB? atau mantan Perdana Menteri itu hanya menggunakan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut sebagai alat untuk menjatuhkan DS Najib.
2. Berbagai pihak yang terlibat dengan 1MDB, termasuk para menteri, para pengurus syarikat tersebut telah menjawab berbagai persoalan dan pertanyaan berkaitan syarikat tersebut, namun masih juga diungkit soalan-soalan yang sama. Sampai kepada kenyataan TIDAK LOJIK mahu melihat wang RM42bilion secara 'REAL".
3. Tulisan terbaru mantan PM tersebut mahu bukti-bukti termasuk perjanjian-perjanjian dan kertas kabinet berkaitan pinjaman syarikat yang melibatkan RM42 bilion. 1MDB dalam satu kenyataan terbaharu, menyatakan semua dokumen berkaitan pinjaman sejak syarikat tersebut beroperasi Tahun 2009 sudah diserahkan kepada Ketua Audit negara, manakala pertanyaan-pertanyaan yang kerap muncul umpamanya pelaburan dengan PetroSaudi terkandung dalam laporan Audit syarikat tersebut yang dikepilkan melalui notes to account.
4. Kerjasama dengan PetroSaudi dijelaskan dengan lengkap melalui Laporan Audit syarikat tersebut yang melibatkan pelaburan tunai USD1.83 bilion yang kemudian ditukar kepada bentuk Mudaraba yang bernilai USD 2.318 bilion dengan keuntungan USD488 milion apabila diredeem pada September 2012.
5. Pihak 1MDB telah mengemukan perincian pinjaman syarikat tersebut yang berjumlah RM41.8bilion, di mana melalui perician tersebut disenraikan kemana wang tersebut digunakan, malah daripada semua pinjaman tersebut, syarikat itu mendapat tunai RM900 juta.
6. 1MDB telah menyatakan dengan jelas, masalah utamanya adalah wang tunai, kerana gagal menerebitkan IPO. Oleh kerana kegagalan tersebut, maka terpaksa meminjam RM2bilion daripada Ananda Khrisnan untuk membayar hutang pada bank-bank tempatan pada Januari 2015. Juga terpaksa melepaskan beberapa aset bernilai syarikat semata-mata untuk mendapatkan wang tunai, termasuk aset di BSI Singapura untuk membayar USD975 kepada Bank Jerman.
7. Syarikat juga terpaksa meminta bantuan tunai daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM950 milion untuk menyokong operasi syarikat.
8. Kini, semakin hari, masalah hutang syarikat tersebut semakin terungkai, namun pertanyaan berkaitan dengan semakin rancak terutama daripada Tony Pua, Rafizi Ramli dan Tun Dr Mahathir.
9. DS Najib telah menyatakan dalam masa paling cepat 2 bulan kemelut 1MDB akan selesai dan paling lambat hujung Tahun 2015.
4 comments:
Sebenarnya, Tun Dr. Mahathir dah tahu jawapannya iaitu 1MDB tidak akan mampu menguruskan hutangnya yang mana kadar faedah bank pun kalau dikira mengikut hari, berjumlah lebih kurang RM 6.7 juta, kalau sebulan lebih kurang RM 200 juta, kalau setahun berjumlah RM 2.4 bilion, boleh ke 1MDB uruskan perkara ini dengan jujur?
Sebenarnya lagi lama Najib jadi Perdana Menteri, lagi banyak kemusnahan terhadap agensi-agensi kerajaan yang ada wang akan berlaku, malahan rakyat akan dibebankan dengan berbagai cukai-cukai yang dibuat kerana nak uruskan 1MDB ini.
Dalam isu GST, kita mau tahulah, berapa banyak GST yang diperoleh tahun ini dan ke manakah perginya wang cukai GST itu. Malahan dengan pendapatan kerajaan yang lain, ke manakah semua pendapatan itu dibelanjakan.
Najib akan menggelupur nak putar belit isu ini dalam pembentangan bajet yang akan datang. Malahan dalam audit oleh Audit Negara, antara jabatan dan kementerian yang akan dipanggil oleh PAC untuk menjawab masalah dalam pengurusan wang negara oleh jabatan dan kementerian berkenaan, adalah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan sendiri.
macam-macam hal terjadi zaman Ah Jib Gor ni, kena tukar nama Abang Najib baru ok rasanya lagi pun dia jadi PM atas tiket uMno bukanya mCa.
Hehe...baguih...
1MDB tu umpama anak baru umur 5 tahun, masih berjalan jatuh. Nanti kalau dah 10 thn. akan bertambah baiklah ia, apatah lagi kalau dah 22 tahun pasti dah boleh berjalan betul sebab dah dewasa. Macam orang juga. Justeru ia masih perlukan ayahnya bukan ayah tirinya. So Najib/MOF kena uruskan supaya ia menjadi dewasa dan berjaya. Engkau orang tenang2 aje. Inshallah......... ada cahaya di hujung terowong tu nanti. Istiqomahlah sokong UMNO.
Post a Comment