Friday, May 09, 2014

Royalti Minyak: Sabah Adanya Caranya Sendiri

Sabah ada caranya sendiri untuk madapatkan lebih besar bayaran royalti minyak daripada Petronas. Tidak seperti Sawarak, yang mengambil jalan, dengan meluluskan usul di Dewan undangan negeri.

Pada persidangan Dewan undangan negeri Sabah minggu kedua April lalu, walaupun ada usul berkaitan royalti minyak, namun ianya tidak dibincang; sebaliknya Ketua Menteri Sabah menjelaskan, Sabah mempunyai caranya sendiri untuk mencapai tujuan itu.

Hubungan akrab antara Putrajaya dengan Kota Kinabalu, menungkinkan banyak cara untuk mencapai sasaran itu; tidak semestinya melalui luahan hati secara terbuka.

Cukuplah dengan kenyataan Musa dan Salleh bahawa keperluan kenaikan royalti minyak daripada petronas diperlukan untuk menambah dana kepada perbendaharan negeri, untuk maksud pembangunan semua bidang.

Namun, kombinasi cara Sabah dan Sarawak, akan menjadi pemangkin kepada cepatnya merealisasikan permintaan itu; atas sebab Putrajaya tidak akan rugi, atas sebab wang yang disalurkan kepada Sabah dan Sarawak itu bertujuan untuk membangun negeri, dan seterusnya akan menjana peluang-peluang perniagaan baru yang boleh menjadi sumber percukaian.

Sebenarnya, apa kah wang dibelanjakan di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak, tiada bezanya pada perbendaharan Persekutuan, kerana wang itu, hanya bersifat masuk saku kiri, masuk saku kanan atau sebaliknya.

Sama-sama kita tunggu, bagaimana cara Sabah dan Sarawak berkaitan royalti minyak,untuk merealisasikan permintaan itu.

No comments:

Post a Comment