Friday, May 09, 2014

MH370: Dua Bulan Masih Misteri

Benarlah anggapan awal, bahawa kehilangan pesawat MH370 akan menjadi misteri abad ini. Sudah dua bulan, tiada sebarang klue berkaitan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru itu.

Berbagai cara digunakan, malah semua teknologi mutahkir digunakan, malah yang melucukan "bomoh"pun ikut berperanan; namun tiada juga dapat memberikan maklumat di mana pesawat malang itu.

Asas kepada pencarian pesawat itu, adalah jumlah minyak yang di bawahnya. Dikatakan pesawat itu semasa berlepas dibekalkan minyak yang cukup untuk 7.5 jam penerbangan; atas sebab itu bulatan pada grafik, merupakan lokasi kemungkinan pesawat itu berakhir.

Berasaskan perkiraan matematik dengan menggunakan Doppler Efect, kaidah yang menggunakan gelombang yang diterima satellite, maka pasukan pencari memperkirakan pesawat itu menunju arah barat laut atau selatan. Akan tetapi, berasaskan perkiraan terakhir, maka pada 24 Mac, selepas 16 hari kehilangan pesawat itu, diputuskan bahawa pesawat itu menuju selatan dan berakhir di Lautan Selatan.

Teori manusia dengan menggunapakai maklumat teknologi, tidak banyak membantu pencarian pesawat itu; atas sebab itu lebih dua bulan kehilangannya, maka ianya masih misteri.

Satu pertanyaan, benarkah pesawat itu berakhir di Selatan? atau tempat lain?

1 comment:

  1. SATU TITIK MINYAK KAPAL TERBANG PUN TAK JUMPA ,SATU CEBIS MAYAT PUN TIDAK ,SATU BARANG PENUMPANG PUN TAK JUMPA ,BUDAK SEKOLAH DARJAH SATU PUN TAK PERCAYA KAPAL TERBANG TU TERHEMPAS,

    ReplyDelete