Saturday, May 17, 2014

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya Daud- BN Jangan Cemburu

Pemimpin melayu terutama Umno jangan cemburu, apabila ada orang melayu seperti Dyana Sofya Daud calon DAP bagi PRK Teluk Intan, akhirnya menentang Umno dan BN. 

Dyana di masa kecilnya di momok oleh keluarga Umno, kerana ibunya sendiri adalah pemimpin veteran wanita Umno.

Dalam usia relatif muda, selepas tamat daripada UITM, institusi yang menjadi kilang kepada pemikir melayu/bumiputera dan biasanya condong kepada Umno dan BN akhir berkhidmat dengan sebuah parti yang berjuang untuk menghapuskan kedudukan dan hak melayu/bumiputera.

Dyana, 27 selepas PRU-13, dilantik sebagai Setiausaha politik kepada Lim Kit Siang, selepas memasuki DAP pada tahun 2012, dan berkempen di Parlimen Gelang Patah, untuk mengalahkan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Kini, selepas membuat pendirian, bahawa sudah tiba masanya hak semua rakyat di negara ini perlu samarata, perlu menyokong Malaysian Malaysia,maka Dyana dipilih sebagai calon, dan melihat kepada keadaan dan catatan atas kertas, hanya menunggu masa untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat yang baru.

Kawasan Teluk Intan, walaupun kawasan Gerakan, namun sejak tahun 2008, kawasan itu menjadi milik DAP. Dan kawasan itu akan terus milik DAP, atas sebab tiada perubahan luarbiasa berlaku pada kawasan itu, yang memungkinkan pengundi yang memenangkan DAP perlu berubah.

Walaupun mantan MP dan mantan calon Gerakan dan kini Presiden Gerakan, dipertaruhkan oleh BN, untuk merampas kawasan itu, nampaknya, usaha itu ibarat mendaki gunung Everest, boleh berjaya boleh juga tidak, sebaliknya, calon DAP Dyana, bagaikan memandu kereta Mewah memandu di leburaya, daripada Tol Sungai Besi ke Tol Skudai Johor, mulus dan selesa.

DAP sejak ditubuhkan, memang mempunyai perjuangan agar kesamarataan untuk semua rakyat, atas sebab itu, walaupun pernah dipelawa menyertai BN, parti itu menolak, sebaliknya meneruskan agenda, sepertimana diperturunkan oleh Lee Kuan Yew kepada Lim Kit Siang; bahawa untuk menguasai melayu, perlu menggunakan melayu; sepertimana yang dilakukan PAP di Singapura tahun 60-an dan 70-an. Kini, melayu di Singapura, tidak boleh berbuat apa-apa lagi, selain minoriti, juga tidak mempunyai kawasan khas lagi, sebaliknya, sejemput sana sejemput sini.

Umno bukan sahaja berdepan dengan penghakisan sokongan kerana tindakan PKR dan PAS kini ditambah lagi oleh DAP. Atas sebab itu, Umno jangan cemburu, jika dalam masa terdekat, akan ramai lagi Dyana akan muncul, atas sebab para pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, sanggup mengetengah pemimpin muda, sebaris dengan mereka; di mana keadaan ini, terlalu sukar berlaku dalam kepimpinan Umno atau BN.

2 comments:

  1. aku tk heran minah ni sokong DAP sedangkan org melayu islam ada yg murtad ,zaman dulu ada org melayu jadi talibarut komunis , org melayu jadi pejuang komunis......apa nk heran kpd melayu2 islam tetapkan perjuangan jgn kasi peluang musuh2 islam ini merosakkan negara kita DAP.....adalah musuh islam yg nyata kbykan mereka ahli parlimen lebih kpd agenda kristian memperjuangkan kalimah allah dan menidakkan negara islam mereka sedaya upaya menarik undi org melayu supaya mereka berjaya menguasai pemerintahan dan akan menukar system sedia ada kpd system yg lebih liberal belajar la sejarah kerana sejarah memberi pengajaran kpd kita dan menyedar kan kita.......musuh islam tidak akan berputus asa mereka lakukan apa saja utk menang mudah mudahn allah melindungi malaysia dr musuh islam

    ReplyDelete
  2. Mampuh ado melayu laguni... Mana2 melayu yang sokong DAP tu baik sokong bn atau mca hok tok tolok hudud... Aku penyokong pas tegar tapi aku rela klau pengundi x pilih minah ni... Tolongla...

    ReplyDelete