Saturday, May 17, 2014

PRK Teluk Intan: Akhirnya Presiden Gerakan Lawan Dyana

BN telah menamakan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN untuk berdepan dengan calon muka baru DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Pencalonan veteran politik itu diuumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Teluk Intan petang ini.

Tempat pengumuman calon BN itu dibuat tidak jauh dari lokasi di mana DAP mengumumkan pencalonan Dyana tengahari tadi.

Anak tempatan, Mah memewakili Parlimen Teluk Intan antara tahun 1999 hingga 2008 sebelum tewas kepada calon DAP M Manogaran dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis.

Mah bertanding sekali lagi kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum 2013, tetapi kali ini tewas kepada calon DAP Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.

Mah mendapat 20,086 undi manakala Seah memperolehi 27,399 undi, Manakala calon tunggal Bebas hanya mendapat 279 undi.

Kerusi Parlimen itu menjadi kosong selepas Seah meninggal dunia pada 1 Mei kerana menghidap kanser.

Pilihan raya kecil Teluk Intan menyaksikan pertembungan pemimpin politik veteran - Mah yang berusia 53 tahun - manakala muka baru dari DAP Dyana, 27, yang bertanding buat kali pertama.

Hari penamaan calon ditetapkan Isnin ini, manakala pengundian pada 31 Mei.

Ketika mengumumkan calon BN, Muhyiddin berkata Mah telah melalui pengalaman menang dan kalah dalam pilihan raya lalu, tetapi presiden Gerakan itu masih tajam buah fikirannya.

"Beliau bertanding dalam pilihan raya lepas, tetapi kalah dengan majoriti hanya 7,000 undi," kata Muhyiddin.

Dalam ucapan balasnya, Mah menggesa jentera BN membantunya "merampas semula Teluk Intan" untuk parti pemerintah.

"Seseorang dari pembangkang berkata DAP meletakkan calon wanita yang cantik untuk pilihan raya kecil ini. Saya memberitahu mereka kita akan mencalonkan seorang lelaki yang kacak," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

"Tetapi pada masa itu, saya tak tahu saya yang akan menjadi calon di sini," katanya berseloroh.

Hampir 500 BN penyokong dan pekerja parti hadir di majlis acara pengumuman calon BN hari ini.

Melihat pencalonan Dyana itu, kini DAP mengikuti gerakan PAP Singapura, pada permulaannya parti itu mencalonkan melayu dan india, tetapi selepas merasa kuat dan cukup korum, di mana kedudukan melayu dan india di negara itu. Kini, jika Dyana menang, maka secara perlahan-lahan matalamat DAP mencontohi PAP Singapura, akan terlaksana jua.

1 comment:

  1. Saperti PAP bila dah menang Melayu di tendang!!

    ReplyDelete