Sunday, February 23, 2014

PRK Kajang: Kajian UMCEDEL: Perlekeh Wibawa Khalid dan Pas

MACAM satu pakatan, apabila Dun Kajang dikosongkan, kemudian Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon; Pusat Demokrasi dan pilihanraya Universiti Malaya (UMCEDEL) terus mengadakan kaji selidik.

Kaji selidik singkat itu dan hanya mempunyai 576 responden terus membuat kesimpulan, bahawa separuh daripada pengundi Kajang setuju: Anwar perlu dilantik MB Selangor, PRK itu perlu untuk menyelesaikan konflik PKR, Anwar digambarkan bukan sahaja penyelemat Selangor akan tetapi juga negara, dan pengundi Kajang akan memastikan Anwar menang.

Berasaskan kaji selidik itu, seolah-olah tindakan ADUN Lee Chin Cheh adalah tepat; menidakan rungutan akar umbi serta pimpinan Pas, menidakan anggapan sesetengah rakyat bahawa PRK itu tidak perlu dan membazir wang rakyat.

Kaji selidik itu juga menggambarkan bahawa Khalid Ibrahim yang dilantik sebagai MB untuk penggal kedua, sebenarnya tiada wibawa sebagai MB.

Apapun sejak wujudnya badan kaji selidik itu, kajian mereka tidak pernah betul. Kajian badan itu hanya mengwujudkan persepsi. Lihat kajian badan itu semasa PRN Sarawak tahun 2011, PRU-13 dan beberapa PRK sebelum ini, kebanyaknya meleset.

PRK Kajang akan mempertemukan antara calon yang berintegriti dan calon yang penuh dengan retorik. Chew Mei Fun calon Bn merupakan seorang individu yang boleh dipegang kata-katanya, berlawan dengan Anwar Ibrahim seseorang yang penuh dengan sandiwara. Kata orang menilai seseorang lihat pada janjinya, lihat bagaimana seseorang itu berpegang pada katanya. seperti kata perumpamaan, jika kerbau dipegang pada talinya, orang pula dipegang pada janjinya.

Umum mengetahui, bahawa sehari sebelum Lee Chin Cheh meletakan jawatan, Anwar dengan tegasnya menafikan akan menjadi calon, sehari selepas Chin Cheh letak jawatan Anwar diumumkan sebagai calon.

1 comment:

  1. Kita tahu survey disponsor oleh siapa dan keputusan pun diolah untuk mendewa Anuar. TAPI, yang PKR tidak sedar bahawa survey tersebut seperti "MELUDAH DI LANGIT JATUH KE MUKA" sendiri. Ini typical desperado nya anjing suruhan Anuar untuk naik nama Anuar dan nak JATUHKAN Tan Sri MB. Kita sama-sam akan melihat bagaiman pengundi DUN Kajang "MENGAJAR" si Anuar Ibrahim.

    ReplyDelete