SIAPALAH blogger AYT menyelar Tun Daim Zainuddin? Tun Daim selain ikon korporate negara, juga seseorang yang berjaya dalam dunianya. Tun Daim adalah mantan Menteri kewangan Malaysia bagi tahun 1984-1991 dan 1999-2001.
Memang pandangan mantan kewangan itu tajam, terutama pandangan beliau pada PRA PRU-12.
Daim memang seorang yang "die hard" terhadap kepimpinan Putrajaya, atas sebab itu, apabila Putrajaya kelihatan tergugat, maka beliau memberi pandangan, yang menyakitkan.
AYT suka memberi komen berkaitan dengan kenyataan mantan Menteri Kewangan itu yang disiarkan oleh Kinibiz, selain mengandungi kritikan terhadap Anwar Ibrahim juga mengeritik kepimpinan Putrajaya, walaupun beliau tidak menyebut nama Perdana Menteri- Dato Seri Najib Razak.
Dalam kenyataan beliau melalui Kinibiz itu, Daim menyatakan bahawa kekuatan sesebuah kerajaan bukan terletak kepada mandat yang kuat, sebaliknya kekuatan sesebuah kerajaan terletak pada polisi dan halatuju kerajaan.
Menyokong kenyataannya itu, Tun Daim mempersoal masa pengumuman polisi kerajaan yang dilakukan pada hujung tahun 2013, di mana menurut mantan menteri kewangan itu menjurus kepada implaksi kewangan rakyat, atas sebab polisi itu telah mendorong kenaikan harga barang, sehingga menggugat sara hidup rakyat.
Tun Daim lupa, bahawa dalam sistem kewangan atau bisnes, tiada siapa yang boleh menentukan "timing", jika ada yang mampu menentukan "timing" maka sudah tentunya para penasihat kewangan akan cepat menjadi kaya raya, kerana mampu menasihti pelabur-pelaburnya, masa mana masuk pasaran, masa mana tidak masuk pasaran.
Najib mengumumkan pengurangan RON95, kerana data menunjukkan kitirisan kewangan negara akan semakin buruk dengan melengahkan pengurangan subsidi petrolium itu. Sistem subsidi yang dilaksanakan kerajaan sejak berdekad sebenarnya tidak didorong kajian yang mendalam, dan sistem yang digunapakai itu seperti melepas batuk di tangga, sehingga memudaratkan kewangan negara. Sistem subsidi pukal petrolium negara, merupakan pendekatan fiskal yang sangat buruk, kerana melalui sistem itu, rakyat atau mereka yang tidak sepatutnya mendapat subsidi seperti pelancong atau orang milioner juga turut ikut menikmati subsidi.
Sistem pemberian subsidi gula misalnya, turut juga dinikmati pengilang-pengilang yang berorentasi export, ertinya pengguna luar negara juga turut menikamti subsidi gula negara.
Tun Daim dalam kenyataan itu juga membandingkan kerajaan UK di bawah David Cameron dan Australia Julia Gillard yang tidak mendapat mandat kuat, sehingga berlakunya parlimen tergantung, namun kata beliau, kerajaan Cameron dan Gillard mampu mengwujudkan kerajaan yang kuat kerana polisi dan halatujunya yang jelas.
Membandingkan antara kerajaan UK dan Australia, seolah-olah mantan Menteri Kewangan itu membanding antara apel dan rambutan. Memang apel dan rambutan adalah jenis buah, namun family dan spesies yang berbeza sama sekali.
Malaysia adalah negara berbagai suku bangsa, berbagai agama dan berbagai budaya, selain itu, latar belakang perekonomian rakyat terbagai berbagai-bagai peringkat, daripada miskin tegar, miskin, berpendapatan sederhana dan seterusnya mereka yang kaya raya. Peratusan rakyat yang tidak bernasib baik daripada segi pendapatan, menghuni bahawa segitiga, manakala mereka yang berkemampuan menghuni puncak segi tiga.
Najib telah mencanangkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009. Najib mewarisi kerajaan yang lemah daripada Pak Lah. Najib mewarisi kadar inflasi 9 peratus, namun kini kadar inflasi menurun kepada 3 peratus, ertinya, disposible imcome rakyat mempunyai kekuatan 200 peratus daripada segi daya beli.
Kerajaan Najib melihat, bahawa sistem subsidi negara adalah punca ketirisan kewangan negara, kerana sistem itu tidak mengenai sasaran. Tujuan pemberian subsidi adalah untuk mengurangkan bebanan rakyat yang kurang bernasib baik, dan jumlah mereka itu cukup ramai. Kerajaan Najib memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan terbukti, jumlah ketua keluarga yang terlibat termasuk orang bujang yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu mencecah 7 juta ketua keluarga/individu bujang. (Penduduk Malaysia adalah 28 juta orang). Jika sebuah keluarga ada 4 orang, ertinya secara matematik semua rakyat Malaysia adalah berada dalam kategori berpendapatan kurang daripada RM3 ribu. Kalaulah sistem BR1M tidak dilaksanakan, tiada siapa tahu angka sebenar rakyat Malaysia berada dalam kategori pendapatan itu.
Daim juga melihat bahawa Kerajaan Putrajaya adalah kerajaan yang lemah, kerana dikatakan tidak mampu membendung ekterimis agama, bangsa yang boleh menjuruskan kepada ketegangan sosial.
Negara sudah menggariskan bahawa pada tahun 2020, adalah tahun lepas landas (take off) negara sebagai negara maju. Sebagai negara maju, suka atau tidak transformasi perlu dilakukan. Memang ada risko yang perlu ditanggung, seperti yang berlaku pada masa ini; keadaan yang kurang menonjol pada era Tun Daim dan era Tun Dr Mahathir. Pada era mereka itu, memang demokrasi diamalkan, tetapi bukan demokrasi sepenuhnya akan tetapi demokrasi terpimpin. Pada masa itu, sesiapa sahaja rakyat bebas bercakap, tetapi pandangan atau ucapan perlu senantiasa menyokong polisi-polisi kerajaan, menyimpang maka padah akibatnya.
Para pemimpin pada era Tun M dan Tun D, cukup selesa, kerana tidak berdepan dengan krtikan rakyat, tidak berdepan dengan berbagai karenah, atas sebab, semuanya macam terkunci mulut, atas sebab itu, sebarang tindakan atau polisi kerajaan kelihatannya senantiasa mendapat sokongan; apatak lagi dalam pilihan raya umum, kerajaan senantiasa mendapat kuasa 2/3.
Perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri sebenarnya, telah membuka pekong kerajaan selama berdekad. Terbukanya pekong itu, kalaulah bukan pada era Najib, ianya akan terbuka jua di era Perdana Menteri lain. Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur, kerana pekong/barah yang tersimpan selama ini, akhirnya terkesan lebih awal, kerana barah itu belum sampai ketahap yang mematikan; kerana di peringkat awal, maka mengubatinya adalah lebih mudah.
Jangan berlaku keadaan barah semasa perpecahan negara USSR, sedar-sedar lagi negara itu hancur, dan kini USSR tinggal catatan sejarah.
Najib berani mengambil risko, dengan pemansuhan ISA, kerana beliau tahu, adalah terdapat banyak undang-undang lagi yang boleh digunapakai untuk mencegah faktor yang boleh mengakibatkan ketegangan kaum dan pergolakan sosial.
Bagi Najib, mengwujudkan keharmonian antara kaum, perlu wujud tanpa syarat. Kerana melalui keadah itu sahaja, akan benar-benar wujudnya keharmonian. Memang benar, pada era Tun M dan era Tun D, kelihatan wujudnya keharmonian. tetapi rupanya kerharmonian itu hanya kerharmonian PALSU.

Memang pentadbiran Najib lemah. Akui dan perbaiki keadaan.
ReplyDeleteTun Daim lebih dulu makaan garam... Malah pedagang garam pun.. Cakap2nya ada asas yg kuat..
ReplyDeleteDah lah lemah..lembik pulak tu. Ada ISA di mansuhkan. Lepas tu bila rakyat pecah belah , ekonomi pulak tak terurus..nak salah kan rakyat.
ReplyDeletekalau negara bertambah elok....boleh la artikel camni keluarkan...ni bertambah buruk...apa la yang pi tembak Tun Daim lak?? Sapa penulis nak bandingkan dgn Daim?? Pandangan dia lebih baik dari penulis yang nampak lebih mengampu kepimpinan yang lemah. Macam kes kerajaan Melaka dulu...bila yang betul diperkecikkan...orang keliling mengampu saja....last2 sekali hancus...Tolong la penulis...jgn la tulis artikel nak tembak veteran. Adalah lebih baik melihat apa yang diperkatakannya.
ReplyDeleteapa hal dengan blogger2 ampu najib ni??? terimalah kritikan membina seorang "pakar ekonomi" macam tun daim tu.
ReplyDeletetun daim bukan hanya bercakap tapi beliau melakukan apa yang dicakap. tengok macam mana dia berniaga sekarang dan jaga ekonomi malaysia dulu.
Daim dulu merupakan pemain pasaran matawang antarabangsa begitu juga dgn Nor Mohamad Yaakub. Mereka membeli matawang dolar Amerika dan menjual semula apabila dolar itu naik nilainya. Apabila Amerika memiliki setelah membeli ringgit dgn banyaknya serta kesedaran berlaku pelanggaran etika, Amerika menjual sejumlah besar ringgit pegangannya dgn melambakkannya dipasaran, menyebabkan ringgit jatuh merudum. Itulah sebabnya satu ketika dulu dihebohkan terdapat kerugian di atas kertas berbillion-billion ringgit. Dari mana Daim dan Nor MY mendapat wang tersebut? Mereka sebagai menteri kewangan atau timbalan menteri kewangan menggunakan wang rizab Bank Negara. Kejatuhan nilai ringgit memberi kesan kpd rakyat tetapi semasa beroleh keuntungan, merekalah shj yg membolotnya. Semua aktiviti tersebut adalah dgn restu Tun M yg tentunya juga ada mendapat habuan. Bila rugi, rakyat pula terpaksa menanggungnya, melalui peningkatan cukai, penurunan dividen KWSP, ASB dan lain2 kaedah pecah tabung. Persis seperti berjudi shj, tetapi dgn menyalahgunakan wang rizab negara. Ada pakar ekonomi pun tidak boleh diharap. Dan ini juga menjadi salah satu penyebab mereka yg terlibat takut jika Anwar menjadi PM dulu dan kini PRK Kajang. ABU
ReplyDelete