Monday, September 09, 2013

Nur Misuari Mengganas di Zamboanga City

Pada Isnin dilaporkan enam terbunuh di Zamboanga City Selatan Filipina, apabila pasukan MNLF yang diketuai Nur Misuari menyerang kota raya itu.

Dalam serangan itu, Misuari bersama Let Haber Malik, yang dikatakan salah seorang perancang semasa pencerobohan Kg Tanduo Februari lalu.

Polis dan tentera Filipina mengatakan, kumpulan MNLF yang diketuai Misuari, tiba dengan mengunakan perahu di waktu subuh Isnin, dan menyerang di pagi-pagi buta kotaraya itu, mengakibatkan pihak polis dan tentera, tidak dapat berbuat banyak.

Pihak tentera dan polis, mengalami kesukaran membalas serangan, kerana pasukan penceroboh menggunakan penduduk awam sebagai pelindung, selain mereka juga menggunakan rumah-rumah penduduk untuk melancarkan roket ke arah pasukan keselamatan.

Pihak Misuari melakukan serangan dan tembakan secara rambang ke arah bangunan-bangunan kerajaan dan sekolah. 

Penceroboh juga menembak menggunakan senjata automatik ke arah tentera yang mahu menyelamatkan hospital yang ingin ditawan pihak penceroboh.

Adalah dipercayai serangan MNLF itu bertujuan untuk mengistiharkan Kemerdekan Wilayah itu.

Pihak keselamatan Filipina melaporkan bahawa 220 penduduk dijadikan tebusan para penceroboh itu, atas sebab itu, pasukan tentera Filipina sukar untuk bertindak balas.

Dilaporkan juga, bahawa semua penerbangan ke Lapangan Antarabangsa Zamboanga City dibatalkan, ekoran serangan mengejut itu.

Berikutan kejadian serangan di Zamboanga City itu, pasukan keselamatan yang beroperasi di ESSCOM telah meningkatkan keadaan kepada siap siaga, untuk membendung pencerobohan Wilayah Sabah.

No comments:

Post a Comment