Rakyat Sabah termasuk juga rakyat diseluruh negara, mengikuti pemilihan Umno dengan penuh minat kerana perkembangan politik Umno sangat mempengaruhi perkembangan politik tanahair.
Parti Umno yang merupakan tunjang kepada pemerintahan Negara, sudah tentunya dasar-dasar negara sebahagian besar dintentukan oleh parti itu.
Atas sebab itu, rakyat Sabah bukan sahaja ahli Umno akan tetapi juga rakyat secara umumnya memikirkan betapa pentingnya pemimpin Sabah mendapat tempat dalam barisan kepimpinan parti.
Dengan adanya pemimpin Sabah di barisan hadapan parti, sudah tentunya apabila sesuatu polisi yang bakal digubal kerajaan, tidak meminggirkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah.
Sebagai catatan sejarah, apabila Umno mengilhamkan DEB, rakyat Sabah tidak menerima kesannya, kalau ada hanya tempias-tempiasnya sahaja.
Keadaan itu berlaku, kerana tiadanya pemimpin kanan dalam kabinet Persekutuan yang boleh menjadi perantara antara kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Hubungan antara parti bukan merupakan perantara yang jitu, dalam soal-soal pengubalan dasar atau polisi, atas sebab itu, dana berpuluh bilion yang disalurkan ke dalam DEB, tidak sampai kepada rakyat Sabah.
Sebagai catatan, sehingga tahun 2009; Sabah adalah negeri yang termiskin di negara ini. Walaupun Umno merupakan tunjang kepada kerajaan negeri sejak tahun 1994, namun bukan mudah untuk membasmi kemiskinan yang diwarisi sejak merdeka lagi.
Kegigihan Kerajaan negeri dan sudah tentunya atas bantuan kerajaan pusat, maka dalam tempoh hampir 10 tahun, kadar kemisikian berjaya diturunkan kepada satu digit pada tahun 2012. Bayangkan lah kalau, tiada pemimpin Sabah yang tidak termasuk dalam barisan kempimpinan Umno Pusat, apa kah kadar kemiskinan boleh diturunkan?
Sejak Umno bertapak di Sabah tahun 1991, ramai pemimpin Sabah membarisi kepimpinan Umno di peringkat Pusat, antaranya Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah sekarang- Datuk Dr Salleh Tun Said. Selain beliau, Datuk Osu Sukam, dan kemuncaknya adalah pada tahun 2009, apabila salah seorang pemimpin negeri itu, menang kerusi Naib Presiden dan salah seorang lagi diundi dikedudukan kedua barisan Ahli Majlis Tertinggi parti.
Disebabkan ramainya para pemimpin Sabah membarisi kepimpinan Parti, maka saban tahun, Sabah menadapat peruntukan, berkali lipat gandanya berbanding royaliti minyak yang dibayar Petronas tiap tahun.
Pada pemilihan parti pada 19 Oktober ini, rakyat Sabah mengharapkan akan ramai pemimpinnya bakal menang dan menduduki barisan kepimpinan parti.
Perkara yang berlaku selama DEB semoga tidak berulang lagi, kerana pada masa itu, apa yang berlaku untuk membantu ekonomi rakyat Sabah terutama bumiputera diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan negeri, yang sudah tentunya kekurangan dana untuk tujuan itu.
Untuk itu, pada pemilihan parti kali ini, Rakyat Sabah khususnya ahli dan penyokong Umno, mahukan seseorang yang mempunyai "pukulan hebat"bagi tujuan menjuarai kepentingan rakyat Sabah dan mampu memperjuangkan kepentingan dan kehendak rakyat Sabah terutama dalam arus pembangunan.
Atas sebab itu, 21 Ketua Bahagian Parti Umno telah merumuskan, bahawa untuk ketika dan masanya, adalah tepat jika Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah sanggup bertanding merebut salah satu jawatan Naib Presiden Parti.
Sebahagian besar pemimpin mahupun akar umbi parti merasakan, bahawa Musa mampu membawa aspirasi rakyat Sabah, selain membantu Presiden dan Timbalannya mencatur, mengemas hala tuju parti terutama berdepan dengan PRU-14 akan datang.
Namun yang menjadi persoalan utama sekarang, apakah perwakilan daripada Semenanjung mahu lagi menerima pemimpin daripada Sabah untuk menduduki kerusi Naib Presiden? atas sebab Umno di Semenanjung pada PRU-13 lalu, mampu menambah 9 kerusi berbanding tahun 2008. Di kaca mata Umno Semenanjung, parti itu mampu merampas 10 kerusi daripada PKR, walaupun kehilangan beberapa kerusi termasuk kerusi Batu Pahat, Bukit Katil dan Temerloh.
Secara sepintasnya, adalah mustahil perwakilan Umno di Semenanjung memilih pemimpin daripada Sabah, lebih atas daripada Naib Presiden. Kemenangan Datuk Safie Apdal pada tahun 2009, atas sebab tsunami politik di Semenanjung dan Umno tidak terlepas daripada keadaan itu.
Memandangkan keputusan PRU-13, di mana Umno Semenanjung mendapat semula keyakinannya, apa kah ianya akan menjadi pendorong untuk tidak memilih pemimpin di luar wilayah itu membarisi kedudukan ke-tiga dalam barisan kepimpinan parti?
Pemilihan Umno tahun 2009, kedudukan Naib Presiden- Pertama adalah Datuk Dr Zahid Hamidi, Kedua Datuk Hishamuddin Hussien dan Ketiga Datuk Safie Apdal ( walaupun ada cerita diluar gelangang, bahawa pemimpin yang menduduki urutan ketiga adalah Datuk Khaled Nordin- MB Johor sekarang ini).
Berasaskan senario di atas, harapan rakyat Sabah agar supaya salah seorang pemimpinnya menduduki kerusi Naib Persiden agar kabur pada ketika ini. Jika Sabah menyandarkan kepada Safie Apdal, apakah perasaan perwakilan termasuk pemimpin di 21 Bahagian Sabah itu? Apa kah mereka masih memberikan undi kepada beliau? atau kah undi mereka akan terbahagi-bahagi kepada calon-calon lain?
Kemenangan calon daripada Sabah hanya akan mudah terjamin, jika perwakilan daripada negeri di bawah bayu itu, secara "enblock" mengundi, jika tidak adalah tipis harapan.
Menurut pandangan AYT, hanya Musa yang mampu mendapat undi secara "enblock" memandangkan suara dan gema akar umbi daripada 21 Bahagian Umno Sabah tidak termasuk Bahagian Libaran, di mana Musa adalah Ketua Bahagiannya.
Rakyat Sabah memandang, Datuk Safie yang menyandang Kementerian kanan, iaitu KKLW, atas kapasitinya sebagai Naib Presiden parti, dan sudah tentunya beliau mendapat kedudukan itu atas sokongan padu perwakilan Sabah; akan tetapi beliau dilihat gagal dalam memperjuangkan otonomi Sabah.
Datuk Safie dilihat gagal menyalurkan peruntukan besar ke dalam agensi-anensi Kerajaan Negeri, sebaliknya beliau lebih mengutamakan agensi Persukutan yang beroperasi di Sabah seperti FELCA dan RISDA.
Rakyat Sabah tidak mempertikai saluran dana kepada agensi itu, kalau di Semenanjung, tetapi mengapa beliau tidak menyalurkan dana kepada agensi kerajaan negeri yang mempunyai operasi yang serupa.
Apa yang menjadi kerisauan rakyat Sabah, adalah polisi yang dilakukan oleh Safie Apdal dalam menyalurkan dana daripada KKLW. Sekiranya kementerian itu, bukan lagi diduduki beliau, kemungkinan polisi itu akan diteruskan. Atas sebab itu, keadaan yang berlaku seperti dalam DEB akan berulang semula.
Satu Persoalan
Jika Musa Aman bertanding sekalipun, belum tentu beliau akan menang walaupun mendapat sokongan 100% dari perwakilan Umno Sabah. Perasaan Umno Semenanjung, memang mahukan perubahan dalam barisan kepimpinan barisan ketiga Umno. Nama yang disebut-sebut untuk dikekalkan ialah Zahid Hamidi.
Disamping Zahid yang popular kerana ketegasannya sebagai Menteri Dalam Negeri, dua nama lain yang muncul ialah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, walaupun Menteri Besar Kedah itu belum membuat kenyataan berkaitan jawatan mana yang bakal ditandinginya.
Sementera kedudukan salah satu jawatan Naib Presiden akan berlaku persaingan antara Datuk Seri Ali Rustam,Tan Sri Isa Samad, Datuk Hishmauddin Tun Hussien, Datuk Seri Safie Apdal, dan Datuk Seri Musa Aman sendiri, jika Ketua Menteri Sabah itu turut bertanding, setidak-tidaknya itulah sentimen Umno di Semenanjung.
Namun di antara Mohd Ali, Hishamuddin, Safie, Musa, Isa Samad .. Musa masih dianggap mempunyai peluang untuk menang, berasaskan rekodnya yang membawa kemenangan ke BN Sabah dalam tiga musim Pilihanraya Umum. Pengalaman Beliau diperlukan untuk dikongsikan dengan Presiden dan Timbalan Presiden bagi maru hala tuju parti. Sementara calon yang empat lagi, diaraskan hanya untuk meramaikan pesta demokarsi dalam Umno.
Terserah kepada Datuk Musa untuk masuk gelangang. Persoalannya, bukan kerana Musa mahu bertanding sepertimana gesaan akar umbi Umno Sabah, akan tetapi, kegagalan Safie membawa aspirasi Umno dan rakyat Sabah. Sebenarnya itulah punca utama, mengapa 21 Bahagian Umno Sabah mengusulkan, mencadangkan, mengesa dan meminta agar Pemimpin Utama Mereka bertanding Naib Presiden Parti.
No comments:
Post a Comment