TEKA-TEKI yang dinantikan, akhirnya terjawab dan benar-benar menjadi kenyataan - Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir secara rasminya mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.
Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan disahkan pada Sabtu ini apabila semua calon diwajibkan mendaftar hasrat mereka untuk bertanding di Ibu Pejabat Umno di PWTC, Kuala Lumpur.
Jika semua calon yang sebelum ini yang telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding mengemukakan borang pendaftaran Sabtu ini, maka kesemuanya akan ada enam calon yang bakal merebut jawatan panas itu.
Selain penyandang jawatan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - mereka akan ditentang oleh mantan Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden, Datuk Seri Ali Rustam dan seorang mantan Menteri Besar Negeri Sembilan dan mantan Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad.
Kini Mukhriz masuk gelanggang menjadikannya orang keenam yang mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan naib.
Datuk Seri Musa Aman yang sebelum ini diuar-uarkan turut sama bertanding kerusi panas itu, telahpun mengumumkan tidak mengambil bahagian pada pemilihan parti pada kali ini.
Ramai berpendapat, inilah masanya Menteri Besar Kedah itu masuk gelanggang perebutan kerusi Naib Presiden atas sebab beliau sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan melainkan turut serta dalam pertandingan ini.
Umno memerlukan Mukhriz selain Khiry Jamaluddin dalam proses transformasi parti, kerana kedua-duanya mempunyai potensi yang membuatkan parti kekal gah.
Di Peringkat Majlis Tertinggi, ada pemimpin yang bakal mendokong mereka, antaranya Datuk Rahman Dahalan, Datuk Razali Ibrahim di mana kedua-duanya bertanding Ahli Majlis Tertinggi.
No comments:
Post a Comment