Saturday, December 11, 2010

Politik berasaskan kaum landasan menuju kesepekatan: Tengku Adnan

Ucapan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada konvensyen BN hari Ahad lalu mungkin tidak menyenangkan pelbagai pihak dan tidak kurang pula yang menganggapnya sebagai "out of context" dalam keluarga BN.

Justeru, tidak menghairankan ada beberapa pemimpin Umno membidas cadangan Chua itu supaya perkataan seperti 'pendatang' dan 'ketuanan Melayu' tidak lagi digunakan.

Tetapi bagi setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, pertikaman lidah antara pemimpin MCA dan Umno itu sesuatu yang dijangkakan kerana setiap parti mewakili pandangan masyarakat masing-masing.

"Kebanyakan parti adalah berasakan perkauman dan setiap parti bebas memperkatakan apa yang mereka ingin luahkan. Apa yang diperkatakan oleh Chua adalah adalah pandangannya dan hujah yang sama untuk Umno. Tetapi kita boleh menggunakan proses yang ada bagi mencapai kesepakatan,” katanya.

Malah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir berkata, ketuanan melayu timbul kini, kerana ada orang melayu yang mebangkitnya (merujuk kepada ucapan Wan Azizah semasa persidangan PKR 2 minggu lalu. Ada lah perkara biasa menurut Dr Mahathir, apabila kaum lain diungkit, pasti kaum itu memberi reaksi. Untuk meredahkan keadaan, maka jangan ungkit prihal kaum lain.

Namun bagi Tengku Adnan, sebenarnya kenyataan Chua Soi Lek itu, sebenarnya hanya krikil-krikil kecil dalam suasana BN, bukan lah perkara raksasa seperti mana di gembar-gemburkan oleh pembangkang dan media (seperti Malaysiakini),” kata Tengku Adnan.

Kenyataan presiden MCA itu dianggap perkara kecil apabila ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan untuk tidak membuat sebarang ulasan kerana kenyataan seumpama itu adalah perkara lumrah dalam suasana BN. Justru, pandangan Dr Chua itu akan menjadi landasan untuk memperkukuh BN.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang pada ucapannya pada tahun lalu mencadangkan 'ketuanan Melayu' digantikan dengan perkataan yang lebih boleh diterima seperti 'kepimpinan Melayu' - kali ini memilih untuk tidak memberi ulasan, kerana KJ telah faham bahawa perkara-perkara seperti ini, adalah asam garam dalam keluarga BN yang terdiri daripada 13 parti itu.

Malah Tengku Adnan mengatakan bahawa keputusan konvensyen BN baru-baru ini adalah mengutamakan konsensus yakni persetujuan untuk mengurangkan perbalahan antara parti dan memberi tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat.

No comments:

Blog Archive