Tuesday, November 23, 2010

Sodomy II: Kali ke-2 Anwar mahu Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah digugurkan

Dalam tindakan mengejutkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu hakim yang mendengar kes liwat keduanya digugurkan ekoran keputusan semalam menafikan beliau akses kepada nota-nota klinikal disediakan tiga doktor Kuala Lumpur (HKL). Ini lah kali ke-2 Anwar meminta Hakim itu digugurkan.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semalam memutuskan pasukan pembela telah gagal mengemukakan sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Anwar akses kepada nota-nota klinikal.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh hari ini mendakwa bahawa keputusan hakim telah tersalah tafsir satu keputusan Mahkamah Agung pada 1993 bahawa mahkamah-mahkamah tertakuluk kepada keputusan di mana saksi mesti disediakan dengan kesemua data yang dijadikan asas maklumat.

“Bukti lisan oleh saksi (hanyalah) makluman. Sebarang pandangan tanpa dinyatakan sebab tiada nilai,” kata Karpal.

Justeru, Karpal memita Mohd Zabidin agar memfokus pada Seksyen 45 Akta Keterangan bahawa bukti mesti dikemukakan untuk menyokong keterangan seseorang saksi.

“Saya minta yang arif agar mempertimbangkan Seksyen 45... saya menjangkakan apabila saksi ketiga disoal, dia akan diprogramkan seperti saksi yang ketiga,” kata Karpal.

Hakim bagaimanapun berkata Seksyen 45 hanya untuk ‘dapat diterima” pandangan, tidak lebih daripada itu.

Dengan itu, beliau menolak perminataan Karpal agar prosiding ditangguhkan bagi mereka memfailkan permohonan.

Permohonan itu akan difailkan pagi esok.

Ini bukan kali pertama Anwar berusaha untuk menggugurkan hakim daripada mendengar kesnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi menafikan Anwar untuk akses pada nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL ketika membuat pemeriksaan terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Zabidin menolak permohonan Anwar untuk satu perintah bagi memaksa pihak pendakwaan membekalkan nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL itu semasa memeriksa Saiful selama tiga jam di hospital tersebut pada malam 28 Jun 2008.

Pihak pembelaan memohon untuk nota itu selepas pakar bedah am Dr Mohd Razali Ibrahim merujuk kepada mereka semasa testimoni beliau, di mana pihak pembelaan memikirkan bahawa nota itu jika dikeluarkan berkemungkinan bercanggah dengan keterangan lisan Dr Razali.

Dr Razali adalah saksi pendakwaan kedua pada perbicaraan Anwar, yang didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Dalam penghakiman beliau, Mohd Zabidin memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan yang diperlukan untuk mahkamah berkenaan memerintahkan pihak pendakwaan membekalkannya dengan nota doktor itu.

Katanya beliau berpandangan bahawa nota itu untuk tujuan sokongan atau mengingatkan kembali ingatan saksi dan ia adalah bagi pendakwaan untuk memutuskan sama ada mereka mahu menggunakannya atau tidak.

Beliau berkata tidak ada sesiapa pun, termasuk mahkamah boleh mendesak pihak pendakwaan untuk menggunakan nota itu untuk menyokong testimoni lisan Dr Razali, jika pendakwaan tidak mahu berbbuat demikian.

“Jika pendakwaan memilih tidak menggunakannya, bukan pembelaan dan mahkamah boleh memaksa mereka (pendakwaan) untuk berbuat demikian atau untuk membekalkannya kepada pembelaan,” kata beliau.

Mohd Zabidin juga menolak permohonan Anwar untuk menghapuskan laporan penuh perubatan bertarikh 13 Julai 2008, yang disertakan dengan nombor makmal laporan kimia.

Pihak pembelaan mahu menghapuskan laporan penuh itu atas alasan nombor makmal laporan tosikologi Saiful tidak dinyatakan dalam laporan penuh tersebut. Juga, laporan tosikologi belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Mohd Zabidin dalam keputusannya berkata laporan tosikologi kini distapel bersama dengan laporan kimia dan ia tidak pernah ditanda sebagai barang bukti.

Beliau berkata pendirian pihak pendakwaan adalah mereka tidak pernah bercadang untuk mengemukakannya sebagai barang bukti dan sebab itulah ia tidak pernah diserahkan kepada pihak pembelaan.

No comments:

Blog Archive