Seharusnya isu pelawaan Umno terhadap Pas untuk berkerjasama telah menjadi isu lapok. Sepatutnya tiada lagi pemimpin Umno mengeluarkan pelawaan itu, kerana para pemimpin Pas telah dengan jelas menolaknya.
Pas lebih suka menelan ludahnya sendiri, apabila sanggup berkerjasama dengan DAP, yang semua tahu Pas dan DAP tidak pernah sehaluan sebelum ini.
Hadi Awang telah melupakan bahawa suatu masa, Lim Kit Siang enggan bersalaman dengannya, kerana menurut Lim bersalaman dengan Hadi seolah-olah telah menerima islam. Namun, itu semua mereka lupakan, kerana merasakan bahawa kerjasama longgar mereka pada PRU-12 lalu membuahkan hasil dengan merampas 5 negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di dewan rakyat.
Melihat kepada kemampuan itu, Pas memasang angan-angan, jalan ke Putrajaya telah terang dan jelas, kerana itu Pas malah mengeluarkan program : Pas ganti Umno menjadi tulang belakang kerajaan Persekutuan selepas PRU-13.
Tidak salah parti politik memasang angan-angan untuk berkuasa, kerana itu lah matalamat penubuhan parti politik. Rakyat negara ini telah tahu, bahawa sejak penubuhan Pas, angan-angan parti itu adalah untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.
Beberapa cubaan Pas termasuk bergabung dengan S-46, bergabung dengan DAP sebelum PRU-12, namun semua itu telah gagal. Hanya pada tahun 2008 gabungan antara DAP-PAS membuahkan hasil, itupun atas kelemahan parti UMNO sendiri dibawah pimpinan Tun Abdullah Badawi.
Tempias kelemahan dalam Umno akibat kepimpinan, masih belum pulih selepas beberapa PRK selepas Pru-12. Namun apabila perubahan kepimpinan Umno mengambil tempat, walaupun secara perlahan, maka imej Umno semakin pulih.
Tanda-tanda pemulihan imej Umno bermula pada PRK Manek Urai, Kelantan, walaupun tewas, namun dengan majoriti yang amat tipis. Pada PRK Bagan Pinang, Umno mula bertapak semula, diikuti oleh PRK Ulu Selangor, kemudian PRK Galas dan Batu Sapi.
Jika sifat-sifat kempimpinan UMNO terhakis daripada sifat bongkak, arrogant, maka tidak mustahil, pada PRU-13 akan datang, BN akan menguasai semula 2/3 di dewan rakyat, selain berjaya merampas semula Selangor dan Kedah.
Tidak mustahil juga, jika kaum cina berjaya ditawan semula oleh MCA dan Gerakan, Pulau Pinang juga akan dikuasai semula oleh BN.
Sentimen akar umbi sekarang bukan lagi sama dengan diambang PRU-12. Sentimen akar Umbi sekarang terutama kaum melayu adalah rasa penyesalan yang luar biasa kerana menghukum Umno pada Pilihanraya umum itu. Kini telah terdedah, bahawa PKR yang konon memperjuangkan ketelusan dan demokrasi, ternyata hanya palsu.Kemelut dalaman PKR kini, mendedahkan bagaimana kepalsuan pemimpin Umum parti itu Anwar Ibrahim.
Demikian juga Pas, perbuatan Tok Guru Pas, Nik Aziz memberi rasuah poltik semasa PRK Galas,telah mendedahkan perbuatan Parti itu kepada khayalak yang selama ini mereka sorokkan. Pas menuduh UMNO parti rasuah, namun akhirnya Pas lah yang mengamalkan rasuah.
Sesuatu yang buruk dan niat jahat itu tidak akan bertahan lama, akhirnya terbongar jua. Amalan rasuah Pas terutama pemimpinannya bermula, apabila Nik Aziz mendapat tajaan naik haji daripada syrakiat yang mendapat kontrak jutaan ringgit dalam pengiklanan di Kelantan. Terbongarnya beberapa kes rasuah pemimpin pas hanya "tips of iceberg", akan banyak lagi kes-kes seumpama ini akan terbongkar di masa depan.
Biarkan Pas dengan angan-angannya, yang penting UMNO perlu mengorak langkah, kembalikan sifat-sifat pemimpin yang boleh dimartabatkan, kotakan janji, tangani masalah ahli, penyokong dan rakyat dengan jitu, agar supaya rasa kebencian tidak bertapak.
Abaikan sifat yang suka menabur janji, namun akhirnya tidak ditunaikan. Janji yang tidak tertunaikan ibarat setitik nila yang tertuang dalam sebelanga susu, akhirnya susu itu rosak binasa.

No comments:
Post a Comment