Sunday, October 24, 2010

Pemilihan AJK DAP Klang: Penyokong Ronnie Liu Kalah teruk

Dalam pemilihan jawatankuasa parlimen DAP Klang, penyokong Ronnie Liu(gambar) kalah teruk kepada kumpulan yang dikaitkan dengan Tee Boon Hock yang dipecat sebagai anggota Mjlis Perbandaran Klang.

'Puak Tee' menyapu bersih kesemua 13 jawatan dalam jawatankuasa tersebut, termasuk anggota MPK, Ivan Ho yang dipilih sebagai pengerusi.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan oleh ahli parlimen Puchong, Gobind Singh.

Perjalanan pemilihan itu dipantau oleh timbalan setiausaha publisiti kebangsaan, Teo Nie Ching dan pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Sejumlah 138 atau 75.82 peratus perwakilan daripada 26 cawangan menghadiri mesyuarat hari ini.

No comments:

Post a Comment