Monday, October 18, 2010

Kenapa Khalid Ibrahim asyik-asyik dengan ELI???

Khalid sangat membela Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan. Sebelum ini exco itu telah meletakkan jawatan, namun Khalid tidak mahu menerimanya; sebaliknya MB Selangor itu meminta Eli bercuti ke luar negeri untuk makan angin.

Eli menjadi bahan berita disebabkan gambar lucahnya yang diedarkan di internet, kononnya oleh bekas teman lelakinya.

Walaupun gambar lucah Eli tersebar luas, Khalid tidak memperdulinya, malah sempat membuat kenyataan akhbar seperti berikut"

KENYATAAN AKHBAR

16hb FEBRUARI 2009

KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERTAHAN

YB ELIZABETH WONG

Saya dimaklumkan, terdapat sekumpulan orang yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat sedang mengedarkan beberapa keping gambar peribadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri YB Elizabeth Wong. Beliau sudahpun memberikan keterangan tentang perkara tersebut kepada saya dan beliau juga sudah membuat laporan polis.

Kita menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan terhadap isu tersebut secara bebas dan adil. Saya dapati YB Elizabeth sejak sebelas bulan yang lalu terbukti mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan tekun dan bijaksana. Maka kini saya menaruh keyakinan bahawa beliau masih boleh meneruskan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan cekap dan berkesan.

Sebagai manusia, YB Elizabeth mempunyai hak untuk menjalani kehidupan persendiriannya dan semua pihak harus menghormatinya. Sehubungan itu, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan lainnya dan saya akan memberikan sokongan kepada beliau bagi menghadapi saat yang mencabar.

Saya percaya pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab pasti akan menggunakan isu ini dalam usaha untuk tujuan politik tertentu. Namun, saya berharap agar orang awam tidak terus membuat keputusan sebelum pihak polis mengeluarkan hasil penyiasatan terhadap laporan yang dibuat oleh YB Elizabeth.


TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

Post a Comment