Monday, October 18, 2010

Apa yang rakyat biasa perolehi daripada 100 tingkat bangunan warisan merdeka?

Apabila KLCC dibangun, kononnya untuk memberi peluang kepada rakyat negara ini berniaga, demikian juga peluang pekerjaan yang terbuka luas. Namun pada hakikatnya siapa yang diberi peluang berniaga di KLCC?

Semuapun tahu hanya syarikat-syarikat antarabangsa yang menguasai perdagangan di KLCC. Jika pun ada syarikat tempatan, hanya terhad.

Bangunan wawasan merdeka yang dikatakan 100 tingkat, yang menjadikannya bangunan tertinggi di negara ini, dan akan siap pada tahun 2020, kemungkinan juga akan dikuasai oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang sudah bernama.

Rakyat negara ini yang mendiami perdesaan hanya akan berpeluang sebagai pelancong atau pelawat, mereka tidak mungkin sebagai peniaga di bangunan itu nanti.

Pendeknya, rakyat pedesaan tetap rakyat pedesaan, kalaupun berkesempatan bekerja di bangunan itu, memadai lah sebagai pekerja biasa atau kuli.

Dengan peruntukan sebanyak 5bilion dan kemungkinan akan meningkat lebih daripada itu sepertimana biasa terhadap projek-projek mega seumpama itu.

Apakah melalui pembinaan bangunan pencakar langit ini, adalah pertanda bahawa rakyat negara ini telah berpendapatan tinggi, sebagai mana yang diuar-uarkan?

Atau kah juga melalui pencakar langit itu boleh memacu pendapatan rakyat negara ini?

Alangkah eloknya, jika wang sebanyak itu dikhaskan kepada Talent head hunter. Melalui pencarian "talent" sudah tentu lebih berdaya maju, kerana melalui "talent" yang ditemui akan dapat mencipta berbagai-bagai inovasi, yang sudah tentunya berguna kepada negara dan rakyat.

Hanya melalui ilmu pengetahuan yang bersifat kreatif akan dapat memacu perekonomian negara ini setanding dengan negara maju. Jika tidak, kita akan menghadapi seperti kata perbahasa " kera mendapat bunga".

No comments:

Post a Comment