Sunday, October 17, 2010

Agak-agaknya apa muslihat Karpal pada 25 Oktober ini mengenai AIR Mani di dubur Saiful?

Ketiga-tiga doktor HKL - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali -dalam keterangan mereka pada 15 Oktober telah mengsahkan bahawa terdapat air main Anwar di dubur Saiful.

Setelah mendengar keterangan itu, Karpal yang biasanya bingkas untuk memberi soalan balas, enggan berbuat demikian, sebaliknya mohon perbicaraan ditangguhkan, kerana dia belum bersedia menyoal balas.

Sambungan sodomy II adalah pada 25 Oktober ini. Agak-agaknya apakah soalan Balas Karpal Singh?

Kemungkinan Karpal Singh akan bertanya.. bagaimana para doktor tahu air yang didapati itu air mani? Soalan bodoh ini pasti Karpal akan bangkitkan.

Karpal juga akan katakan bahawa air mani itu adalah air mani simpanan polis, yang telah diambil daripada Anwar pada tahun 1998.

Karpal pasti menuduh polis memasukkan air mani di dubur Saiful, sebelum Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan pada Jun 2008.

Tiga doktor HKL juga mengsahkan memang terdapat tusukan di dudur Saiful, walaupun anunya Saiful itu tidak cedera.

Kecederaan kata doktor tergantung kepada alat pelicin yang digunakan, dan mengesan kecederaann juga tergantung beberapa lamanya pemeriksaan dijalankan setelah mangsa membuat laporan diliwat.

Saiful dalam laporannya telah mengatakan telah diliwat oleh Anwar beberapa kali dan kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.

Saiful diperkisa oleh doktor HKL pada 28 Jun 2008 bertempat di Hospital Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment