Sunday, October 17, 2010

Siapa Pemenang?

KALAU dilihat daripada jumlah pencalonan, sudah pasti Azmin Ali menjadi pemenang.

Azmin mendapat 102 pencalonan, Zaid 38, sementara Mutapaha hanya 17.

Walaupun Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua perhubungan negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub, namun umum telah mengetahui bahawa Azmin adalah pemenang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini disebut-sebuat akan bertanding, bagaiamanapun tidak berbuat demikian.


Nurul Izzah yang juga anak ketua umum PKR dan presiden parti itu kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden dan penarikkan dirinya untuk memberi peluang kepada Zaid untuk bersaing dengan Azmin. Nurul juga mengakui, walaupun dari jumlah pencalonan, Azmin terlalu kuat bagi Zaid, namun suatu kejutan dijangka akan berlaku pada masa pemilihan nanti.

Sementara itu, Mustaffa Kamil Ayub yang berulang kali berkata tidak akan menarik diri mengotakan janjinya untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

"Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti.

"Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya.

Menurutnya lagi, beliau mempertaruhkan segala pengalaman beliau sewaktu memimpin pertubuhan belia Islam dan selaku bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjuangan reformasi.

Tambahnya, beliau menawarkan politik baru yang menekankan politik nilai yang berteraskan profesionalisme dan menolak politik perkauman.

Sementara itu, Datuk Zaid Ibrahim yang tiba kemudian, dalam ucapannya berkata ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi.

"Ia perlu untuk menjayakan harapan kita yang terpendam... Dengan itu saya minta ahli dan penyokong tumpu dalam pemilihan dengan kempen yang sihat.

"Jangan mereka-reka cerita, jangan laga-lagakan sesama kita, kita mahu kesatuan yang kukuh. Itu sahaja yang boleh ganyang BN," katanya.

Katanya, parti ini bukan parti untuknya, tapi parti untuk rakyat.

Semua calon mempunyai masa sehingga jam 6 petang tadi untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan untuk bertanding jawatan masing-masing. 24 Oktober ini telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman calon yang sedia bertanding.

Suasana sejak pagi dilaporkan bagaikan pesta dengan lima kanopi besar dipasang untuk proses pengambilan borang penerimaan calon.

Sejak beberapa hari kebelangkangan ini, terdapat usaha sengit bagi mengatur percaturan dalam usaha menentukan kepimpinan PKR.

No comments:

Post a Comment