Monday, July 05, 2010

Suara Keadilan Digantung: The Star -MCA- KJ Jadi Pengganti

MCA makin kurang ajar, lepas Wee Ka Song mempertikaikan biasiswa MARA kini akhbar milik MCA "tTe Star" pula mengeluarkan cerita fitnah mengenai pembinaan istana negra yang baru. kenapa "akbar tersebut kerap mengeluarkan berita-berita yang menghina orang melayu?

Minggu lalu Ezam Mohd Noor mendesak Kerajaan menyiasat The Star dan Malaysiakini kerana menghina melayu. Namun desakan Ezam itu mendapat tentangan daripada Khairy Jamaludin.

Walaupun Suara Keadilan digantung penerbitannya, namun suara Pakatan tetap terdengar melalui The Star-MCA dan KJ.

Akbar The Star sudah beberapa kali menyiarkan elemen anti kerajaan. Tahun lepas akhbar ini juga lah yang mengangkat chin peng kepala pengganas komunis yang banyak membunuh askar-askar melayu, dalam laporan berangkai 'The Star', Chin Peng setiuasa Agong Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan digambarkan sebagai seorang nasionalis yang jasanya tidak didendang.

Kini 'The Star' mengeluarkan berita yang kononnya istana negara (baru) dibina dengan air mata rakyat? kononnya pihak kontraktor yang membina istana itu tidak membayar gaji kepada perkerja-perkerja mereka.

Siaran ini membawa makna bahawa Pihak istana merupakan zalim kerana sanggup tidak membayar gaji para buruh. Tujuan akbar ini adalah untuk memalukan dan menghina institusi raja-raja melayu sekaligus membawa makna bahawa raja-raja adalah zalim.

The Star memang dengan sengaja meneyiarkan berita sensasi dan tidak benar, kerana setelah artikel itu disiarkan kontraktor pembinaan istana baru itu telah tampil menafikan semua tuduhan itu, malah siaran TV3 jam 8 malam pada hari itu menyiarkan penafian para pekerja ditapak pembinaan tersebut.

Berasaskan kepada artikel The Star itu, mantan Ketua Pemuda Keadilan Ezam Mohd Noor meminta yang berwajib menyiasat The Star, kerana menyiarkan berita bohong dan palsu.

Siaran The Star itu menggambarkan bahawa akhbar itu pada masa kini bukan lagi akhbar pro BN, akan tetapi telah menjadi akhbar Pro Pakatan, sesuai dengan tindak tanduk parti MCA yang memiliki akhbar itu, dimana kenyataan-kenyataan akhbar para pemimpinnya seolah-olah sebagai parti pembangkang dalam BN.

Suara Perkasa yang disiarkan julung kalinya pada Khamis lalu, di muka depannya memuatkan tajuk: Tahan Wee Ka Siong Melalui ISA, kerana NGO pribumi itu telah berpuas hati,bahawa pernyataan Wee Ka Siong yang meminta agar tajaan MARA juga perlu dihapus demi mencapai 1Maalaysia. Kenyataan Wee Ka Siong itu mendapat sokongan daripada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamluddin.

Melalui sokongan KJ itu, telah jelas bahawa Ketua Pemuda UMNO ini lebih cenderung menyokong kaum cina dibanding melayu.

Jelaslah, walaupun Suara Keadilan dibatalkan terus penerbitaannya, Pakatan akan terus mendapat liputan media massa, apa kah melalui The Star, MCA mahupun Khairy Jamaluddin sendiri.

No comments:

Post a Comment