Monday, July 05, 2010

SPRM: ADUN Pakatan Selangor Dipanggil Kali ke-2 Kes Pasir Di Selangor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil semula ADUN PKR, Shuhaimi Shafie hari ini berhubung siasatan kontroversi perlombongan pasir secara haram di negeri itu.

ADUN Sri Muda itu sedang disoalsiasat di ibupejabat SPRM di Putrajaya, dengan ditemani peguamnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ini adalah kali kedua Shuhaimi dipanggil berhubung perkara itu, selepas disoalsiasat sebelum ini bersama dengan ADUN PKR Batu Caves, Amirudin Shaari minggu lalu.

Biasanya jika SPRM memanggil semula "saksi" dalam sesuatu kes, memang SPRM mempunyai bukti kokoh untuk membuat dakwaan.

Besar kemungkinan ADUN Sri Muda itu akan ditahan reman untuk memudahkan siasatan dan memenuhi peraturan undang-undang.

No comments:

Post a Comment