Sunday, April 18, 2010

Sukar Membuktikan Kematian Teoh Beng Hock Akibat Cekikkan: Punca Pornthip Main Wayang

Dakwaan Pornthip sebelum ini dengan penuh yakin dan berlatar belakang "Pakar patologi terkemuka" mengatakan bahawa punca kematian Teoh Beng Hock adalah akibat dicekik sebelum jatuh dan mayatnya dijumpai di luar tingkat 5 Plaza Masalam Shah Alam pada 16 Julai 2009.

Ekoran daripada dakwaan tersebut, maka postmortem ke-2 terpaksa dijalankan.

Berasaskan kepada keterangan Dr yang menjalankan postmortem ke-2 itu, kematian Teoh Beng Hock adalah selari dengan keputusan postmortem pertama, yakni berpunca daripada jatuh daripada tempat tinggi. Dr yang menjalankan postmortem ke-2 juga menafikan dengan sekeras-kerasnya, bahawa kematian Beng Hock berpunca daripada cekikkan.

Berasaskan kepada keterangan Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh itu, maka Dr Pornthip Rojanasunand mula ragu dengan dakwaannya asalnya, yakni cekikkanlah punca kematian Beng Hock. Oleh kerana Pornthip merasakan bahawa dakwaannya telah disangkal oleh bukti-bukti postmortem, maka ada kemungkinan itu lah puncanya dia tidak akan datang ke Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock apabila ia disambung Selasa ini.

Demi menjaga maruahnya dan melindugi "kepakarannya" maka Pornthip terpaksa membuat isu, kononnya dia mendapat tekanan daripada kerajaan Malaysia.

Dalam memberi reaksi kepada dakwaan Pornthip itu, Datuk Nazri Aziz dan Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail telah mengeluarkan jaminan bahawa keselamtan Pornthip adalah terjamin dan tidak ada tekanan daripada kerajaan Malaysia. Selain itu, Hishammudin selaku menteri Dalam Negeri juga memberi jaminan yang sama, sambil meminta Pornthip memberi maklumat terperinci, siapa kah yang memberi tekanan kepadanya.

Setakat ini, pihak kerajaan Malaysia tidak menerima apa-apa maklumat mengenai dakwaan Pornthip itu, kerana itu Nazri Aziz berkata Pornthip HANYA BERBOHONG dan bersandiwara.

Sementara itu Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor mengesahkan bahawa Dr Pornthip tidak dapat menghadiri inkues tersebut.

Malik telah memfailkan permohonan bagi pihak kerajaan Selangor kepada Mahkamah Majistret Shah Alam Khamis lalu untuk menangguhkan inkues berkenaan.

Menurut permohonan itu, kerajaan Selangor memerlukan lebih banyak masa untuk menjamin kehadiran pakar pathologi Thailand itu.

Kerajaan Selangor telah menulis kepada Kementerian Kehakiman Thailand, memberi jaminan keselamatan Dr Pornthip sekiranya beliau datang ke Malaysia untuk memberi keterangan di inkues tersebut, tetapi belum menerima sebarang jawapan setakat ini.

Ekoran ketidak hadiran Dr Pornthip itu, satu perkara lain dijangka dibangkitkan di inkues Selasa ini - iaitu permohonan peguam Karpal Singh untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Abdul Aziz.

Usul supaya Nazri dikenakan tindakan menghina mahkamah itu, disokong oleh affidavit yang difailkan oleh Teoh Meng Kee, yang merupakan adik Beng Hock.

Nazri dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata: “Dia pembohong. Dia menipu pada inkues”.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Pornthip bersetuju memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock jika ada jaminan keselamatannya daripada kerajaan Malaysia.

Tidak diketahui sama ada kerajaan Malaysia telah mengeluarkan jaminan bertulis kepada Dr Pornthip berhubung perkara itu.

Dr Pornthip hadir di bedahsiasat kali kedua selepas mayat Teoh digali semula November lalu ekoran keterangannya - berdasarkan kepada foto yang dirakamkan sewaktu bedahsiasat pertama - bahawa Teoh mungkin dicekik sebelum jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bedah siasat kedua itu dilakukan oleh Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh. Selain Dr Pornthip yang mewakili kerajaan Selangor, ia turut dihadiri Dr Peter Venezis - pakar patologi British yang mewakili SPRM.

Dalam keterangannya bulan lalu, Shahidah berkata, berdasarkan bedahsiasat kedua itu, tiada kemungkinan yang Teoh dicekik, manakala Dr Venezis akan memberi keterangan pada 26 dan 27 April ini.

No comments:

Post a Comment