Friday, April 23, 2010

Projek 16 September Sebenarnya Akan Jadi Tetapi Allah Tak Nak: Kata Anwar

SURAT APA TU???
LUCU... kononnya projek 16 September 2008 Anwar mengambil alih kerajaan daripada BN sebenarnya akan jadi tetapi Allah Tak Nak. Demikian kata Anwar semalam semasa berceramah di Hulu Selamgor.

Anwar tahu betul... bahawa projek 16 September adalah hayalan dan projek tipu. Namun projek itu masih diputar oleh Anwar sendiri. Ternampak sangat lah, bahawa Anwar tiada isu lagi untuk digunakan berkempen di Hulu Selamgor.

Selain isu projek 16 September, isu APCO juga dibangkitkan oleh Anwar. Berkaitan dengan isu APCO, semalam di dewan rakyat, pihak Anwar tidak dapat mematahkan bahasan pihak BN, malah Anwar sendiri tiada point untuk menepis hujah wakil rakyat BN. Akhirnya, Usul mengheret Anwar kepada Jawatankuasa kebebasan Parlimen diluluskan.

Semalam semasa berkempen Anwar menunjukkan dua pucuk surat sebagai bukti bahawa beliau mempunyai cukup jumlah ahli parlimen untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan BN melalui 'Projek 16 September'.

Anwar berkata surat pertama bertarikh 18 September 2008 yang menuntut agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang tergempar kerana ahli Dewan Rakyat sudah hilang keyakinan kepadanya.

"Jika tak ada jumlahnya, adakah boleh diadakan sidang parlimen tergempar?" katanya Anwar ketika berceramah di hadapan kira-kira 400 orang di Padang Perumahan Taman Teratai, yang dikatakan kubu kuat Umno.

Manakala surat bertarikh pada hari berikutnya, kata Anwar, memohon perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana mempunyai cukup majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang baru.

"Bagaimanapun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.

Anwar yang juga penasihat ekonomi kerajaan Selangor menyentuh pendedahannya bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian dengan sebuah firma perunding yang mempunyai kaitan dengan Yahudi.

Ia susulan keputusan Dewan Rakyat petang semalam meluluskan usul merujuk Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pendedahan beliau itu.

No comments:

Post a Comment