Friday, April 23, 2010

PRK Hulu Selangor: Anwar Tidak Mampu Bantu Zaid: Kamalanathan Masih Di Depan

Kehadiran Anwar Ibrahim berkempen membantu Zaid Ibrahim dengan bermacam retorik dan putar belitnya tidak mampu membantu Zaid.

Malah satu Kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh Ilham Centre mendapati pengundi Melayu berpendapat Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ahad ini.

Kehadiran 7,000 penyokong Pas, bukan sahaja berakibat fatal malah menjadi negatif kepada Zaid.

Penduduk setempat merasa terganggu dengan kehadiran kempener luar terutama daripada Kelantan dan Kedah. Malah ramai penduduk setempat merasa diperkecil, kerana tidak sepatutnya orang luar menentukan nasib mereka.

Sifat agresif para penyokong Pas dan PKR menambah lagi perasaan benci pengundi kepada Zaid.

Tinjauan rambang setelah 6 hari berkempen hampir 60 peratus pengundi kemungkinan memangkah BN dan 20% akan memilih PKR. Sementara 20% lagi belum pasti, namun apapun yang berlaku, BN akan memenagi PRK Hulu Selangor Ahad ini.

Persoalan sekarang bukan lagi siapa menang, tetapi berapa majoriti BN akan perolehi.

Para penganalisis tempatan meramalkan, bahawa PRK Hulu Selangor hampir sama dengan PKR Bagan Pinang. Calon BN P Kamalanthan walaupun calon baru, namun sifatnya YANG DOWN THE EARTH adalah kelebihannya.

Tidak salah P Kamalanthan menggunakan slogan BAHAWA DIA ADALAH CALON 1MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment