Friday, April 16, 2010

Petang INI MIC Berjumpa Untuk Tingkat Motivasi: Sahut Cabaran Najib: MIC Perlu Menang PRK Hulu Selangor

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan petang ini akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 bahagian parti itu di Hulu Selangor bagi untuk meningkatkan motivasi dan semangat berkempen bagi menyahut seruan Perdana Menteri agar supaya MIC boleh menang melalui PRK ini.

Pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 5 petang ini di bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu.

Dalam pertemuan itu juga Samy Vellu dijangka memperkenalkan calon dan akan memberi penerangan dan penjelasan disebalik pemilihan P Kamalanathan untuk menggantikan G Palanivel, dimana sebelum ini diuar-uarkan merupakan calon tunggal pilihan Samy Vellu.

Pencalonan G Palanivel mendapat tentangan daripada para pengundi kerana rekodnya yang tidak menyerlah semasa menjadi wakil rakyat Hulu Selangor sejak tahun 1990. Di samping itu, mantan menteri besar Selangor dr Khir Toyo juga pernah menyuarakan bahawa G Palanivel adalah individu yang "bermasalah" di Hulu Selangor, kerana itu, jika Timbalan Presiden MIC dicalonkan, ada kemungkinan mendapat sabotaj dan protes daripada para pengundi.

Sebelum pengumuman calon BN semalam, para penyokong G Palanivel dan Samy Vellu telah mula turun padang terutama dari rumah ke rumah di samping telah menggerakkan beberapa bilik gerakan. Namun, apabila G Palanivel di saat-saat akhir kemungkinan tidak dicalonkan, bilik gerakan tajaan G Palanivel memperlahankan gerakan mereka.

Tinjaun di beberapa bilik gerakan tengah hari ini juga mendapati masih lengang dan tidak aktif. Hanya kelihatan kira-kira sepuluh orang petugas parti sahaja ketika kunjungan tersebut kira-kira jam 12.30 tadi.

No comments:

Post a Comment