Saturday, April 24, 2010

Benarlah Pendedahan Zulkefli Noordin: Jika Pakatan Memerintah: Malaysia Jadi Republik

Pendedahan Zulkefli Noordin sebelum ini bahawa jika Pakatan membentuk kerajaan maka negara ini akan menjadi republik.

Perkara ini disokong oleh kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik sebagai satu keingkaran serius.

Sementara itu Najib berkata kenyataan Nik Aziz itu mencerminkan bahawa pihak pembangkang tidak menghormati sama sekali sesuatu yang telah ditetapkan mengikut Perlembagaan negara dan prinsip dalam kehendak agama Islam itu sendiri.

"Ini satu perbuatan yang dikutuk di sisi agama Islam kalau sesama umat Islam berbalah terutama sekali dalam rumah Allah, sebab itu larangan yang dibuat Sultan Selangor perlu dan amat dikehendaki untuk kita semua.

"Sama ada kita merupakan penghuni atau masyarakat tempatan ataupun dari luar kita tetap kena menghormati dan mengikuti apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sarapan 1Malaysia di padang Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang di sini pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, timbalannya Heng Seai Kie, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dan isterinya S. Shobana sempat meluangkan masa menghadiri majlis itu sebelum beredar untuk meneruskan kempennya.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilihat mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk berkempen apabila menyatakan bahawa perbuatan berkenaan tidak salah dan menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.

Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Najib berkata larangan agar tidak menjadikan masjid sebagai medan politik itu bukan hanya dibuat di negeri Selangor tetapi memang diamalkan di negeri-negeri lain juga.

"Apabila Sultan Selangor membuat larangan tersebut, ia bukan ada kelainan dengan negeri-negeri lain. Boleh dikatakan semua Raja ataupun Sultan negeri berkenaan telahpun membuat larangan agar masjid tidak digunakan sebagai medan politik ataupun kita gunakan kesempatan di masjid untuk memberi ucapan bersifat politik," katanya.

Beliau berkata masyarakat di Hulu Selangor sudah pasti terguris hati mereka kerana perkara ini merupakan satu bentuk penghinaan terhadap Sultan Selangor.

"Masjid dibina untuk beribadat, mendekatkan diri kita dengan Allah, untuk menunjukkan ciri-ciri akhlak yang baik dan mulia dan bukanlah untuk kita berbalah antara satu sama lain," katanya.

No comments:

Post a Comment