Saturday, April 24, 2010

Anwar Bermimpi Lagi: Lepas Hulu Selangor, Kemudian Sibu, Kemudian Putrajaya

Anwar bermimpi lagi lepas Hulu Selangor, kemudian Sibu dan kemudian Putrajaya.

Di majlis ceramah malam tadi, Anwar melancarkan kempen 'Jom turun ke ladang' yang dibuat oleh Anak untuk menarik jenerasi kedua Felda agar mengusahakan sendiri ladang keluarga mereka.

"Peneroka adalah tuan bukannya kuli sebagaimana yang dibuat oleh Felda kepada tuan-puan sekarang," kata Anwar merujuk kepada pelbagai peraturan dan sekatan yang dikenakan kepada peneroka.

"Yang ini tak boleh, yang itu tak boleh. Kita masuk Felda bukan nak menjadi kuli mereka. Kita mahu merdeka jiwa dan fikiran. Saya bagi jaminan, jika kita menang di Hulu Selangor, kita menang di Sibu, kita juga akan menang di Putrajaya...kita akan kembalikan hak dan maruah peneroka Felda," kata Anwar

Bagi beliau, peneroka perlu merdeka untuk berpolitik, berpesatuan dan beraktiviti bukannya sentiasa dikongkong oleh Felda.

"Felda juga ditubuhkan bukan untuk mengkayakan Felda tetapi membantu peneroka.

Kita tidak mahu Felda yang menjadi korporat sekarang. Kita berjanji akan pulangkan kekuatan korporat Felda kepada peneroka, kita akan jadikan peneroka yang merdeka," kata Anwar.

Selepas memberikan ceramah di situ, Anwar mengambil kesempatan untuk berbincang sambil minum teh tarik dengaan dua tokoh di sebalik memerdekakan Felda iaitu Pengerusi Anak Mazlan Aliman dan peguam Haji Suhaimi Said.

Pagi ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz akan merasmikan himpunan itu manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menutupnya petang nanti.

Nik Aziz sekali lagi akan memberikan ceramahnya di tapak yang sama malam ini iaitu yang terakhir menjelang pilihan raya esok.

Bodoh punya pendapat... Kalau Felda... miskin... peneroka bukan sahaja jadi miskin malah Felda itu sendiri akan tutup.

No comments:

Post a Comment