Tuesday, March 09, 2010

Wayang Zul Tidak Laku

Walaupun Zulkefli menulis skrip wayangnya begitu rapi namun apabila ditayangkan tidak laku. Wayang Zul hanya memakan dirinya sendiri, selain dipecat; dicabar pula meletakkan jawatan.

Kini Zul terpaksa memaparkan kejadian-kejadian apa yang dialaminya semasa bersama PKR. Mengungkit kejadian lampau, itu sahaja yang boleh dilakukannya.

Dalam blognya yang sempat dikutip oleh AYT, Zul membayangkan bahawa dirinya lah yang paling setia terhadap Anwar Ibrahim, dengan membayangkan, bahawa dia seorang sahaja wakil rakyat yang berani tampil untuk mengosongkan kerusi ahli parlimen untuk memberi ruang kepada Anwar bertanding agar supaya dapat duduk ke dewan rakyat semula.

Zul masih mengatakan bahawa dirinya bukan meninggalkan PKR namun dipecat sebelum dapat membela dirinya kerana permintaan untuk diadili oleh hanya orang islam ditolak oleh pimpinan PKR.

Kini Zul masih mengulangi bahawa Wan Azizah dikelilingi oleh firaun-firaun kecil dalam PKR dan secara tersirat, Zul mengatakan bahawa presiden PKR itu dipengaruhi oleh firaun-firaun kecil itu untuk menghalalkan segala cara.

Malah Zul memberi amaran, jika tersilap langkah, Anwar akan ke Sungai Buloh semula, disebabkan firaun-firaun kecil itu.

Pendedahan Zulkefli ini telah membuka pekong PKR selebar-lebarnya, namun semuanya itu tidak dihiaraukan oleh para pemimpin PKR terutama Zaid Ibrahim, yang sempat berdoa agar Zul cepat-cepat meninggalkan PKR.

Wayang Zul yang tadinya mempunyai nilai yang tinggi, kini wayang itu adalah wayang murahan dan basi. Sayang senjata yang sudah ditangan, tidak dapat dimanafaatkan dengan betul,kerana tersilap menulis skrip.

Wayang Zul yang diramal dapat menarik ramai penonton, ternyata pada masa ini tidak laku lagi.

No comments:

Post a Comment