Monday, March 08, 2010

Keris Panjang PKR Ditangan Zulkefli Nordin: Siap Sedia Menikam: Jangan Jolok Sarang Harimau Pinta Zul

Zulkefli Nordin wakil rakyat PKR yang baru sahaja dipecat daripada parti itu, terpaksa memberi komen dan jawapan kepada cabaran para pemimpin PKR dan Pakatan agar supaya dia meletakan jawatan sebagai wakil rakyat Kulim-Bandar Bharu, Kedah.

Zul menulis dalam blognya hari ini memberi jawapan terhadap desakan tersebut. Berikut adalah jawapan wakil rakyat itu seperti mana dipetik oleh AYT.

Berkaitan desakan DSWA (Datuk Seri Wan Azizah) supaya saya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu kononnya atas dasar prinsip demokrasi, saya ingin menegaskan:

1. Bukan saya yang meninggalkan PKR. Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH. Tetapi DSWA enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, DSWA mahukan saya mengosongkan kerusi Palrimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Look who’s talking!?

2. Pada 02.09.1998, DSAI telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dibuang daripada menjadi ahli UMNO. Saya tidak mendengar pun desakan oleh DSWA supaya DSAI mengosongkan kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semasa itu. Kalau DSAI tidak didesak mengosongkan kerusi kerana dipecat pada masa itu, mengapa pula DSWA kini mendesak saya berbuat perkara yang beliau sendiri tidak lakukan? Bukankah ini bukti kenyataan DSWA tersebut adalah sekadar political expediency untuk menyeronokkan Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau!

3. Mengapa semasa ADUN Parit YB Dato’ Nasharuddin melompat ke PKR daripada UMNO DSWA tidak pula mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit atas prinsip keadilan dan demokrasi. Malahan DSWA menyatakan pada masa itu ianya adalah hak YB Dato’ Nasharuddin memilih parti mana yang ingin beliau sertai dan hak beliau untuk terus kekal sebagai ADUN Parit. Jadi saya mahu bertanya kepada DSWA, mana pergi prinsip demokrasi dan keadilan yang beliau laungkan itu, atau adakah beliau sekadar menjadi Pak pelaung Fir’aun-Fir’aun Keci itu?!

4. Semasa konspirasi 16.09 dilaksanakan, DSWA dan PKR telah menghantar YB Saifuddin Nasution, YB Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen BN untuk memujuk mereka melompat ke PKR, sehingga mereka sanggup bermalam di hotel yang sama dengan Ahli-Ahli Parlimen BN itu. Saya tidak pula mendengar DSWA bertegas menyatakan Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut mesti mengosongkan kerusi parlimen masing-masing atas dasar dan prinsip keadilan dan demokrasi! Apakah bila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram! Apakah matlamat menghalalkan cara? Atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

5. Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen. Kerusi Parlimen PKR tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan PAS 23 kerusi. Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya DSAI sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang! PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang tersebut. Jadi kalau DSWA merasakan bahawa DSAI boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula saya tidak boleh terus memegang kerusi sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, apatah lagi saya dipilih dan diundi oleh rakyat. Biarlah rakyat yang menentukannya pada pilhanraya umum yang akan datang. Dan jika DSWA berani, marilah kita bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu-satu lawan satu!

Saya menasihatkan DSWA supaya meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PKR. Ternyata beliau telah gagal memimpin PKR sehingga menyebabkan PKR kehilangan sebuah Kerajaan Negeri, 5 Ahli Parlimen, 3 ADUN, dan ramai pemimpin peringkat negeri, cabang dan akar umbi. Malahan makin lama makin terbukti beliau sekadar menjadi alat penghias mukadepan bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau. Kalau benar DSWA memegang kapada prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR. Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke Sg. Buloh pula!

Kepada Kak Zah, ini permintaan peribadi daripada saya. Saya tidak mahu bergaduh dengan Kak Zah. Ambillah apa yang terjadi secara professional, dan teruskanlah kehidupan kita. Saya sangat berharap dapat mengingati Kak Zah sebagai seorang kakak dan ibu yang sangat baik dan bertanggungjawab bagi anak-anak Kak Zah. I will always cherish and remember those days. Please don't forced me to do and say things that I do not wish and want to say. Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan hidayah kepada Kak Zah, dan memberi keampunan kepada kita semua. Tolong sampaikan salam saya kepada anak-anak.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
22 Rabi’ul Awal 1431
08 Mac 2010

Nampaknya keris panjang telah ditangan Zul, bersedia untuk menikam bila-bila masa. Oleh itu jangan jolok sarang harimau, pasti buruk padanya.

No comments:

Post a Comment