Sunday, March 07, 2010

Slogan PKR Semuanya Palsu: Zulkefli Nordin

Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat keanggotaannya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau dihukum tanpa diberi peluang membela diri.

Zulkifli, 48, berkata beliau menerima berita mengenai pemecatannya itu melalui rakan pemberita dan menyifatkan ia sebagai permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 Sept 1998 termasuk kejatuhan dan kehancuran PKR.

"Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat seperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka.

Rakyat perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kes Zul ini. PKR yang kononnya memperjuangkan keadilan, ketelusan,kesamarataan, kebebasan, adalah topeng dalam usaha memesongkan rakyat untuk mendapat sokongan. Sebenarnya semua slogan PKR itu hanya gimik dan bukannya hala-tuju parti itu.

Kes Zul telah menjelaskan kepada kita semua, bahawa PKR hanya berjuang untuk kepentingan individu. Sesiapa yang menyanggah pejuangan parti itu pasti akan menerima akibat seperti yang dirasakan oleh wakil-wakil rakyat PKR yang keluar parti itu, seperti Zaharin Hashim, Tan Bee Beng, Mohsin Fadzli, Salehuddin Hashim dan ramai lagi.

Rakyat perlu menilai secara postif tindakan para wakil rakyat yang meninggalkan PKR, walaupun pimpinan PKR mengeluarkan berbagai kenyataan menyerang peribadi para wakil rakyat itu.

Rakyat sebagai pengadil dalam kes-kes ini perlu membuka mata seluas-luasnya dan memberi pertimbangan yang sewajarnya, ke atas tindakan para wakil rakyat yang berkeluaran daripada parti itu.

Bagi AYT, telah jelas pada masa ini, bahawa semua slogan PKR adalah palsu belaka.

Dalam blognya Zulkefli masih lagi mempersoalkan pemecatannya daripada PKR dengan mengatakan bahawa dia hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam, sebaliknya (mereka) meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam.

Zulkifli berkata walaupun diberi peluang membuat rayuan, beliau tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip dan menjual maruah berhadapan dengan sandiwara Firaun-firaun Kecil dalam parti itu.

Bagaimanapun, beliau akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Zulkifli berkata pada masa ini telah menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan 'pembunuhan karektor' yang tidak berasas terhadap sesiapa yang tidak bersetuju atau tidak mahu bersekongkol dengan mereka.

Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan memecat keanggotaan Zulkifli itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan termasuk meminta Zulkifli mengosongkan kerusi Parlimen itu.

Bagaimanapun, Zulkifli diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

No comments:

Post a Comment