Monday, March 08, 2010

Anwar Merajuk Sanggup Serah Ketua Pembangkang

Anwar merajuk, sehingga dia sanggup melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di dewan Rakyat.

Tindakan Anwar ada kaitan dengan keluarnya 3 wakil rakyat PKR secara berturut-turut ditambah dengan pemecatan Zulkefli Nordin daripada parti itu.

PKR kini, hanya mempunyai 27 kerusi parlimen dibanding DAP 28.

Lazimnya parti yang mempunyai kerusi terbanyak di dewan rakyat akan dilantik sebagai ketua pembangkang. Namun, dalam gabungan 3 parti yakni DAP-PAS-PKR, awal-awal lagi Lim Kit Siang telah menyuarakan sokongannya kepada Anwar untuk menjadi Ketua Pembangkang, sehingga kononya Anwar menjadi perdana menteri.

Anwar kini berdepan dengan krisis keyakinan terhadap dirinya. Kes Sodomy II membelengu Anwar, sehingga rakan-rakannya dalam PKR meninggalkannya. Proses ini adalah cara halus memulau Anwar, atas sebab mereka telah kehilangan keyakinan terhadap kepimpinannya.

Sandiwara apapun yang Anwar lakukan sekarang, tidak lagi menarik minat mereka. Apatah lagi mereka mengetahui muslihat Anwar yang sebenarnya. Melalui pendedahan Zulkefli Nordin ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah, nyata, bahawa semua slogan PKR khasnya dan Pakatan amnya adalah palsu.

Slogan PKR hanya merupakan gimik bagi mengabui dan memesongkan rakyat. Melalui pendedahan Zulkefli bahawa semua slogan PKR adalah  muslihat; semata-mata untuk tujuan memesongkan rakyat demi  mendapatkan undi.

Anwar kini kehilangan hala tuju, sehingga terpaksa membuat berbagai tuduhan kepada Umno dan Najib, kononnya wakil-wakil rakyat PKR yang berkeluaran adalah disebabkan pancingan Najib.

Senjata 16 September Anwar memakan diri sendiri. Anwar lah yang menggalakkan agar wakil-wakil rakyat melompat kepada parti yang mereka anggap sesuai dengan perjuangan mereka.

Kini, apabila wakil-wakil rakyat PKR yang keluar itu memilih wadah perjuangan mereka, berbagai tomahan dilontarkan kepada mereka oleh Pakatan berserta para pemimpinnya. Biasalah kan...

No comments:

Post a Comment