Friday, March 05, 2010

Secara Tersirat PKR Sudah Pecat Zulkefli Nordin

Jika mengikut tafsiran ulasan Wan Azizah Wan Ismail Presdien PKR sejurus Zulkefli memulau sesi lembaga disiplin semalam dan kenyataan Setiausaha Agongnya Saifudin Nasution semalam (disini), secara tersirat Zul sudah dipecat daripada PKR.

Sekiranya wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu ini mengerti bahasa, PKR sebenarnya sudah tidak sudi lagi kepada Zulkefli.

Semalam Zulkefli memulau sesi lembaga disiplin Parti PKR kerana panel itu dianggotai oleh majoriti bukan islam. Sebelum ini, Zul menulis surat kepada parti, agar kesnya hanya didengar oleh mereka yang beragama islam, kerana kesnya menyangkut pegangan agamanya yakni islam.

Wakil rakyat yang didub sebagai riding MP itu sebenarnya tiada peluang lagi dalam PKR. Bagi Zul, maju kena, mundurpun kena.

AYT merasakan, Zulkefli perlu menentukan masa depannya sendiri, PKR sebenarnya tidak mengharapkannya lagi.

Yang pelik bagi wakil rakyat ini, dari awal-awal terlalu lancang mengeritik kepimpinan Pakatan, tetapi bukan Anwar, namun tetap mahu bersama Pakatan. AYT tidak faham sandiwara seorang ini.

No comments:

Post a Comment