Parti Pas meminta para pengundi di mana wakil rakyat mereka keluar parti supaya membuat laporan polis. AYT terbayangkan jika rancangan 16 September 2008 benar-benar berlaku, saban hari berguni-guni laporan polis akan diterima pihak polis daripada para pengundi.
Ekoran berkeluarannya wakil rakyat Pakatan, nampaknya parti-parti dalam Pakatan termasuk para pemimpinnya kehilangan akal dan fikiran sehingga perkara remeh temeh menjadi tumpuan.
Mereka membayangkan bahawa apabila individu telah berada di pihak mereka dalam masa tertentu, maka individu tiada hak lagi, melainkan harus taat dan patuh kepada mereka.
Kebebasan hak individu membuat keputusan untuk dirinya sendiri dan perjuangannya tidak diiktiraf, kerana itu, mereka membuat seruan agar para pengundi di mana wakil-wakil rakyat yang dahulu di pihak mereka dan kini bukan lagi, mereka galakkan agar para pengundi membuat laporan polis.
Terbanyang sangat bagaimana para pemimpin Pakatan dan para penyokongnya sudah kehilangan serba serbi, sehinggakan mereka tidak mampu lagi mengeluarkan alternatif berbentuk buah fikiran yang positif, sebaliknya buah fikiran yang berbentuk negatif sahaja.
Yang pelik bagi AYT semasa Anwar Ibrahim mencanangkan akan merampas kerajaan daripada Barisan Nasional pada 16 september 2008, malahan Nik Aziz sangat menyokong rancangan itu. MB kelantan itu, malah berhujah, tidak salah seseorang itu melompat parti. Nik Aziz mengambil contoh, bahawa dia juga pernah lompat parti daripada PAS pembangkang kepada PAS barisan Nasional.
Melihat kepada trend masa kini bahawa para wakil rakyat Pakatan keluar satu demi satu, para pemimpin Pakatan menjadi panik dan bercelaru serta meracau, sehinggakan tindak tanduk mereka pun seperti tindakan orang-orang tidak berakal.
Membuat laporan polis? apa yang mereka dapat dari laporan itu? apa kah seksyennya? jenayah kah? salahgunakuasa kah? atau apa??
Berpindah parti adalah hak individu dan hak sebagai warganegara, tiada siapa yang boleh mempertikainya!!!

No comments:
Post a Comment