Misalnya kalau jambatan bengkok tak batal.. agak-agak negera dan rakyat dapat faedah tak? Kalau dari segi memperlancar arus barang antara Singapura dan Johor, tentu negara dan rakyat ini untung. Kenapa untung: pertama tak jam, kedua barang cepat sampai, ketiga banyak barang yang dapat dihantar dalam masa tertentu, keempat menjadi tarikan pelancong. AYT rasa, jika jambatan bengok (gambar) tidak dibatalkan, mungkin pada masa ini hampir siap. Negara akan terkenal di dunia, sama dengan ketika KLCC dibangun dan dibuka.
Walau bagaimanapun, mari kita ikuti kenapa jambatan bengok itu terbatal. Kisahnya begini:-
Sebelum Pak Lah buat keputusan pada 12 April 2006 membatalkan Projek Jambatan di Tebrau bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah pun bermula itu, Pak Lah terlebih dahulu membuat kenyataan pada 10 Februari 2006 selepas merasmikan Memorial Tun Hussein Onn, di Jalan Dato’ Onn Kuala Lumpur seperti berikut:
“Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan baru sama ada bengkok, lurus atau herot”.
Kemudian kenyataan pada 3 Mac 2006 seperti berikut:
“Pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor tidak akan menimbulkan sebarang masalah walaupun Singapura mendakwa ia boleh mendatangkan implikasi yang serius. Sebaliknya pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan perhubungan Malaysia-Singapura lebih baik.”
Demikian kata YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas kempen Buku Hijau Peringkat Kebangsaan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor ketika mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Singapura George Yeo di Parlimen Singapura pada 2 Mac 2006.
Kedua-dua kenyataan Pak Lah ini cukup tegas. Rakyat juga tidak pernah membantah terhadap projek Jambatan Johor yang sudahpun mula dilaksanakan itu. Malah rakyat cukup sedar bahawa pembinaan Jambatan itu akan membawa faedah yang besar kepada negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.
Tetapi 22 hari selepas kenyataan yang tegas pada 3 Mac 2006 itu, Pak Lah telah buat kenyataan yang memeranjatkan semua rakyat pada 12 April 2006 seperti berikut:
“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.”
Putrajaya 12 April 2006
Pada hari yang sama juga Pak Lah telah buat satu lagi kenyataan iaitu:
“Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana implikasi dan komplikasi undang undang yang akan berbangkit kelak dan kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi projek yang dipertikaikan malah kita buat keputusan, ia keputusan politik. Kita tidak boleh mengenepikan perasaan rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat untuk rakyat.”
Pengumuman Pak Lah membatalkan projek jambatan bengkok pada 12 April 2006 itu bercanggah dengan pendiriannya pada 10 Februari dan 3 Mac 2006, hanya 22 hari sebelum itu.
Keputusan Pak Lah membatalkan projek jambatan itu kemudian mengundang berbagai kontroversi terutama sekali apabila ditegur oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hingga mencetuskan perbalahan yang berpanjangan hingga sekarang ini.
Kata Pak Lah, pembatalan jambatan itu adalah untuk mengelak implikasi dan komplikasi undang-undang yang boleh timbul. Tetapi sebaliknya pembatalan jambatan itu kini menimbulkan implikasi kewangan dan komplikasi yang lain pula.
Pak Lah kata pembatalan projek itu boleh menjimatkan kos. Ini tidak benar. Kita perlu ambilkira fakta berikut:
Bayaran ganti rugi kepada Syarikat Gerbang Perdana.
Tuntutan Kerajaan Negeri Johor ke atas kawasan tanah yang telah diberi percuma dengan cara pertukaran atau 'swap’ dengan kawasan Tambak Johor, tetapi apabila projek itu dibatalkan Kerajaan Negeri Johor menuntut balik kawasan tanah atau ganti rugi bagi projek yang tidak jadi itu.
Oleh kerana jambatan sudah batal, maka perlu pula membina jejambat baru untuk menghubungi pusat CIQ yang telah siap dibina dengan Tambak Jahor (jejambat ini tidak perlu jika projek jambatan tidak dibatalkan). Ini memakan kos yang lebih tinggi.
Tiga perkara ini akan melibatkan kos yang berlipat ganda lebih tinggi dari kos membina jambatan yang terbatal.
Jejambat baru untuk menghubungi Pusat CIQ dengan Tambak Johor perlu dibina merentasi kawasan pembangunan yang padat. Oleh yang demikian, jejambat baru itu melibatkan bayaran ganti rugi yang sangat tinggi kepada penduduk dan tuan tanah. Laluan jejambat baru itu pula terpaksa dibina tinggi dan sangat curam sehingga tidak dapat diguna oleh kenderaan berat seperti lori. Maka beberapa perubahan struktur perlu, untuk merendahkan ketinggian jejambat termasuk pengambilalihan kawasan pembangunan padat di bawah laluan jejambat secara paksa melalui proses ‘Land Acquisition’ dan menempatkan semula mereka yang menduduki kawasan yang terlibat. Kemudian semua jenis bangunan di kawasan itu perlu dirobohkan. Ini melibatkan kos yang lebih tinggi dari kos projek Jambatan Gerbang Perdana yang dibatalkan itu.

1 comment:
walaupun keluar statement nak buat jambatan bengkok lagi high speed train berbillion ringgit jadi capati tak jadi pastu modal cancel project tu tak tau kemana.Tapi statement yang ini jgn tak jadi ini kekuatan besar malaysia apa g kata negara lemah pulak.cuba cari ada statement nak melarang lori2 daripada lalu tambak johor,pasal spore takde lori eksport pun ke johor habis second link tu siapa lalu xde lori then jembalang masam lalu.harap imej mengeletis mat tokak diheret untuk bersihkan sampah sarap didarat dan marin.Sekarangg juga buattt.kalau Sekarang buat kosongkan lori di tambak dan pungut sampah sarap ramai pelabur singapura datang terus boleh jadi wawasa 2016 tak payah tunggu 2020.
Post a Comment