Dyana Sofya Mohd Daud, dianggap berani setidak-tidaknya itulah pengakuan Hadi Awang. Calon DAP itu dikatakan berani atas sebab bersedia bertanding atas tikit DAP; itulah ukuran keberanian Dyana di kaca mata Presiden PAS itu.
Bagi Hadi, orang melayu yang bersedia bertanding atau menyokong DAP adalah pemberani.
Dyana sebelum menjadi calon DAP, telah menunjukkan keberaniannya dengan memilih pendirian, bahawa hak-hak melayu di negara ini perlu dihapuskan, ertinya hak-hak melayu sepertimana diperakukan dalam perlembagaan negara perlu diganti dengan hak-hak sama rata untuk seluruh rakyat, baik yang kaya mahupun yang miskin.
Dyana tidak mahu tahu, apakah melayu masih ketinggalan, atas sebab itu para pemimpin PAS termasuk Hadi menjadikan dia sebagai ikon dan idola keberanian. Hadi mengakui, bahawa Dyana akan berani bertindak, bersuara apa sahaja yang berkaitan dengan penghapusan hak-hak melayu, berani meneggakan perjuangan DAP yang anti islam, berani meneggakkan perjuangan DAP yang bersifat sosialis, berani meneggakan perjuangan DAP berasaskan konsep Malaysian Malaysia. Sebaliknya menurut Hadi, calon BN Datuk Mah Siew Keong akan akur dengan pendirian BN dan akur dengan isi perlembagaan yang berhubungkait dengan kedudukan melayu dan bumiputera.
Menurut Hadi, Siew Keong tidak akan berani bersuara memberi kenyataan agar supaya kedudukan UiTM dikaji semula, namun Dyana sudahpun membuat pendirian, bahawa dia akan terus memperjuangkan agar kedudukan UiTM dikaji semula melalui DAP, apatah lagi kalau dia boleh menjadi wakil rakyat.
Atas keberanian Dyana ini, maka kaum cina dijangka akan terus memberi undi kepada calon DAP itu, kerana inilah sebenarnya nawaitu kaum cina di negara ini, selepas menguasai sektor ekonomi, maka sudah tiba masanya pula menguasai sektor politik; dan ironi, orang seperti Hadi Awang bersedia menjadi katalis untuk mencapai perancangan kaum cina ini.
1 comment:
Itu la standard Presiden PAS. Letak sesiapa pun serupa. Tak ada berani mana pun.
Post a Comment