Latest News

Naib Presiden: Tumpuan Pada Mukhriz

TIDAK dapat dinafikan, kemasukan Datuk Mukhriz dalam gelanggang pertandingan Naib Presiden Umno, sedikit sebanyak menggusarkan tiga penyandang jawatan itu.

Datuk Zahid Hamidi, Datuk Hishmauddin Tun Hussien dan Datuk Shafie Apdal adalah penyandang bagi jawatan Naib Presiden.

Ramai yang melihat, walaupun dua mantan Penyandang Naib- Datuk Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad, juga ikut masuk gelanggang, namun perhatian kepada Menteri Besar Kedah itu, kerana mempunyai potensi besar menggantikan salah seorang penyandang yang mempertahankan jawatan.

Walaupun Mukhriz, julung-julung kalinya menyertai Pertandingan merebut jawatan tertinggi parti, namun ramai pihak beranggapan, bahawa percubaan pertama ini akan membawa kejayaan kepada beliau.

Dengan membawa imej sebagai generasi pelapis dan imej muda, Mukhriz, dilihat sebagai pemimpin sandaran kepada parti masa kini dan masa depan.

Kelebihan Mukhriz, selain membawa imej bapanya, juga ketokohannya, dilihat sebagai faktor yang membawa BN Kedah merampas negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

0 Response to "Naib Presiden: Tumpuan Pada Mukhriz"

Blog Archive