Monday, May 12, 2025

PRN-17 SABAH: KERJASAMA BN-PH SECARA BERTULIS-BUKAN OLOK-OLOK

BERMAIN politik pun ada sempadannya. Rakyat sedang memerhati, pemimpin yang konsisten.

Kerjasama BN-PH dinyatakan secara bertulis, bukan olok-olok. Dalam kenyataan bertulis itu, kedua-dua pengerusi membuat keputusan, dan keputusan itu dikeluarkan oleh pemimpin yang diberi wewenang menandatanginya.

Apa kah kerana keputusan tersebut, kedua-dua parti mendapati makan tuan? ekoran sambutan atau reaksi rakyat Sabah ke atas kenyataan akhbar Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, bahawa GRS bersedia bergerak solo.

Bagi rakyat Sabah, mereka tahu, penubuhan GRS adalah sebagai reaksi terhadap aspirasi dan harapan rakyat terhadap parti tempatan untuk memastikan puncak kuasa negeri berada di Menara Kinabalu.

Sebahagian rakyat Sabah telah membuat keputusan pada PRU-14 menyokong Parti Warisan, malangnya parti tersebut gagal menterjemahkan aspirasi dan harapan rakyat.

Dalam tempoh 5 tahun sejak September 2020, aspirasi dan harapan rakyat berjaya diterjemahkan oleh kerajaan yang diterajui parti tempatan, iaitu GRS. Kerana kejayaan tersebut, maka hasrat rakyat agar GRS terus menerjaui kerajaan negeri secara solo, pun demikian mereka menghormati pandangan Pengerusi dan Ketua Menteri, oleh kerana sokongan PH Sabah pada kerajaan, maka penghormatan diberi, agar status quo diteruskan.

Sebagai maklum balas pada sentimen rakyat, Pengerusi parti yang juga Ketua Menteri, GRS akan bertanding 2/3 kerusi atau lebih. Menerusi kenyataan tersebut, maka rakyat tahu, bahawa puncak kuasa kekal di Menara Kinabalu.

Penulis tidak pasti apa keputusan Pengerusi GRS dan pemimpin lain, berkaitan kenyataan PMX bahawa kerjasama antara GRS-BN-PH perlu untuk kestabilan negara dan negeri, kerana semasa PMX selaku Pengerusi PH dan Pengerusi BN membuat keputusan muktamad BN-PH bekerjasama pada PRN-17 Sabah, tidak menyebutpun rundingan dengan GRS, melainkan hanya merujuk lain-lain parti. Makna kepada kenyataan bertulis tersebut, GRS tidak dipandang sebagai parti tulang belakang kerajaan negeri.

Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri, daripada awal-awal lagi berpendirian, sebarang bentuk kerjasama perlu dimulakan oleh GRS, kerana PRN-17, hanya untuk memilih kerajaan negeri. 

Keputusan awal BN-PH menunjukkan, bahawa dua parti tersebut, tiada niat bekerjsama dengan GRS, atas sebab itu penyokong Umno mencabar Ketua Menteri membubarkan dengan segera DUN, agar pilihan raya dapat diadakan.

Penulis berpandangan, jika PH Sabah mengubah keputusan dengan tidak mematuhi keputusan parti mereka, dan bersetuju mempertahan status quo, maka GRS kembali ke "drawing board" asal, iaitu meneruskan status quo kerajaan hari ini, iaitu GRS-PH Plus. Plus tersebut merujukan pada wakil rakyat Umno yang bersama dengan kerajaan hari ini.

Sesuatu yang mustahil, GRS bekerjasama dengan BN sebagai parti, kerana terkait dengan agihan kerusi. Manakala dengan PH agak "straight forward", kerana tidak bertindih dari segi kerusi yang ditandingi, kecuali mungkin satu-dua, akan berlaku pertandingan persahabatan.

No comments:

Post a Comment