WALAUPUN pembangkang boleh memberi 1001 alasan, tetapi hujah mereka bukan berpaksi pada data atau fakta, melainkan tokok tambah, putar belit malah pembohongan.
Hakikatnya mereka yang cuba memesongkan rakyat tersebut, adalah sebahagian punca apa yang mereka katakan, atau dengan kata lain, menuding satu jari pada orang lain, 4 jari mengarah ke muka sendiri.
Datuk Shafie Apdal ke sana ke mari masuk bakul angkat sendiri, dengan mengulang-ulang jawatan yang pernah dipegang, untuk menjustifikasikan, boleh menjadi Ketua Menteri yang berkebolehan, kemudian memperlekeh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, akan tetapi fakta menunjukkan, kebolehan, kemampuan dan pencapaian Hajiji jauh lebih baik, malah ibarat langit dan bumi jika dirujuk pencapaian yang dicapai kerajaan yang beliau pimpin berbanding Shafie.
Di kalangan pemimpin Umno kumpulan Bung Moktar Radin, keinginan sangat untuk kembali berkuasa seperti dulu-dulu, sehinggakan rakyat menolak pada PRU-14, kesan sikap bongkak, sombong setengah pemimpin, sehinggakan ramai yang berstatus “untouchable”.
Kesombongan sesetengah pemimpin Umno sebelum hilang kuasa menyeluruh seluruh negara, dan seolah-olah dunia adalah milik mereka. Akibatnya rakyat menolak pada pilihan raya, dan puncaknya pada PRN2023 enam negeri di Semenanjung, apabila hanya menang 19/108, walaupun parti itu sebahagian kerajaan Perpaduan Persekutuan.
Di Sabah hari ini, kerajaan yang memerintah adalah kerajaan GRS-PH Plus. Walaupun menerajui kerajaan bermula pada September 2020, akan tetapi, telah melakar pencapaian demi pencapaian di luar jangkaan mana-mana pihak. Kejayaan-kejayaan tersebut, mungkin sumbangan pengalaman para pemimpin yang pernah sebahagian daripada kerajaan lalu, akan tetapi pada masa itu, mereka hanya memendam rasa, kerana bukan kapten, melainkan hanya kelasi.
Tingkah laku dan perbuatan sesetengah pemimpin yang juga merupakan rakan-rakan pada ketika itu, dijadikan sempadan, dan dipastikan tidak berulang. Atas sebab itu, kita melihat para pemimpin yang menerajui kerajaan hari ini, terbuka, suka berinteraktif rentas latar belakang, tidak berminat dengan menunding jari pada orang lain, melainkan hanya bekerja memajukan dan membangun negeri, walaupun sebagai manusia, terpaksa membalas balik dakwaan-dakwaan tidak masuk akal dan bohong.
Tidak keterlaluan, kerajaan Sabah hari ini, adalah kerajaan terbaik yang pernah wujud di Sabah, atas sebab bukan sahaja berpandukan pada pencapaian, akan tanggungjawab pada rakyat sangat dititik beratkan.
Tiada yang terlepas pandang daripada perhatian kerajaan hari ini, termasuk soal-soal pembangunan modal insan, keagamaan, juga kehidupan harian rakyat seperti sentuhan kasih RM300 sebulan untuk 12 bulan bagi rakyat miskin dan miskin tegar.
No comments:
Post a Comment