Logiknya, kedudukan kemajuan dan Pembangunan Sabah hari ini, terutama kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya, telah lama diselesaikan, tidak perlu menunggu era Kerajaan GRS dipersalahkan, kemudian menunding jari pada pemimpin Kerajaan hari ini sebagai Kerajaan gagal.
Demikian juga berkaitan kadar kemiskinan dan pengangguran, tidak perlu menunggu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menjadi Ketua Menteri untuk dipertanggungjawabkan, kemudian menunding jari kepada Kerajaan yang beliau pimpin sebagai Kerajaan gagal.
Kedudukan Sabah hari ini, adalah hasil perbuatan para pemimpin masa lalu, yang tidak mengutamakan untuk merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat, kerana selain takut juga terikat dengan kepartian yang dikawal pemimpin luar. Ketakutan hilang jawatan, menguasai diri setiap pemimpin di masa lalu, atas sebab itu, walaupun mengetahui dengan jelas akan keperluan rakyat dan negeri, akan tetapi, hanya mampu memohon, bukan mendesak apa tah lagi memberi kata dua.
Kesedaran dan mengambil iktibar pada keadaan masa lalu itu, maka Hajiji menerusi GRS meluncurkan konsep Rumah Kita, Kita Jaga sebagai perjuangan berlandaskan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.
Untuk merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat diluncurkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) dan jika diberi mandat pada PRN-17, akan diteruskan dengan SMJ2.0 untuk tempoh 2026-2030.
Pada tahun 2030, Sabah akan lepas landas (take-off) sebagai negeri maju.
No comments:
Post a Comment