Saturday, November 09, 2024

PRN SABAH: BERTANDING DI KERUSI YANG BOLEH DIMENANGI- NIZAM

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan berkata, asas utama digunapakai parti pada PRN-17 Sabah, parti meletakkan calon di kerusi-kerusi yang boleh dimenangi.

Manakala calon-calon parti pula, tidak berpandu pada lama atau baharu, muda atau berumur, wanita atau lelaki, sebaliknya terletak pada keboleh menangan.

Keboleh menangan pada asasnya terletak pada jumlah keahlian parti pada kerusi yang ditandingi. Dan, untuk menjamin kemenangan, di setiap PDM lebih separuh pengundi berdafar adalah ahli parti, atau paling tidak pun sebahagian besar merupakan penyokong dan atau simpatisan parti.

Jika pra-syarat keahlian tidak tercapai, maka meletakan calon hanya merugikan parti, dan lebih baik kerusi tersebut diserahkan pada parti komponen atau rakan parti yang lebih berpotensi.

DUN Sabah mempunyai 73 kerusi, daripada jumlah itu 27-30 kerusi berpotensi tinggi dimenangi Gagasan Rakyat. Maknanya, dalam agihan kerusi antara komponen dalam GRS, Gagasan Rakyat akan bertanding jumlah kerusi tersebut.

Jumlah kerusi itu, jika sekalipun dimenangi keseluruhannya, masih memerlukan 10-7 kerusi untuk maksud majoriti mudah, atas asas itu lah, keperluan parti gabungan, seperti GRS, untuk mencapai sejumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, kerana parti komponen menyumbang kerusi yang diperlukan.

Dalam senario politik Sabah hari ini, menang 37/73 bukan isu bagi GRS, melainkan keperluan kuasa 2/3 di DUN, untuk kestabilan politik, atas asas itu, diperlukan kerjasama dengan parti lain terutama PH. Kuasa 2/3 DUN Sabah adalah 49/73 dan atau 53/79.

Jika menurut tinjauan rambang, jika diadakan PRN-17 Sabah hari ini, 47/73 boleh dimenangi GRS, dan jika campur 6 ADUN lantikan berjumlah 53/79.

Walaupun senario politik Sabah mempunyai kecenderungan pada parti lokal, Parti Umno menerusi kenyataan Presiden parti itu, PRN Sabah sekali lagi dijadikan makmal politik, seperti mana tahun 1994, menerusi penggiliran Ketua Menteri.

Mentaliti makmal politik, tidak mengambilkira perkembangan politik era ini, yang sudah berubah. Pengelibatan generasi ke-3 putaran politik selepas kemerdekaan menerusi undi kali pertama dan atau undi-18, telah mengubah persepsi politik, dan menjurus kepada penghormatan dan dihargai, bukan menjadi pak turut apa tah lagi “tikus makmal”.

Kepimpinan GRS atau Gagasan Rakyat tidak mencampuri urusan parti lain, akan tetapi kerana kenyataan berkaitan rakyat Sabah dijadikan “tikus makmal” untuk menguji keberkesanan Kerajaan Perpaduan, tiada signifikan, memandangkan kerusi parlimen bagi Sabah hanya 26/222, berbanding Semenanjung 165/222, pengundi Sabah pun dianggarkan 1.9 juta, daripada 21 juta pengundi negara.

Jangan lah meletakan tanggungjawab kelemahan parti sendiri dan menjadikan rakyat Sabah menjadi bahan kaji selidik.

Berkaitan isu tikus makmal, Timbalan Presiden Gagasan Rakyat yang juga setiausaha agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun merasa tergores dan melihat perbuatan itu merendahkan maruah rakyat Sabah.

No comments:

Post a Comment