MODUS operandi pembunuhan karakter, pertama mesti ada dalang. Dalang adalah mereka yang ketandusan modal untuk mendapat sokongan rakyat. Langkah kedua, mesti ada pak sanggup. Pak sanggup biasanya mereka yang kecewa, tiada harapan, nothing to lose, janji ada balasan, jika konspirasi berjaya. Langkah ketiga mesti ada pelapor seperti malaysiakini. Laporan mesti berbentuk teka-teki atau tergantung, supaya dapat memancing persepsi neitzen.
Jika ada rakaman seperti video atau audio, dipetik yang mengundang sensasi sahaja, agar orang ramai menjadi penyiasat, peguam, hakim dalam mahkamah rakyat.
Pembunuhan karakter, adalah keadah memalitkan imej buruk dan kotor pada sasaran, dalam bentuk langgar dan lari, pukul dulu, selesai kemudian. Apa yang mustahak kedudukan sasaran menjadi buruk, jika ianya seorang ahli politik, maka rakyat akan memandang serong, termasuk tidak disokong, dan tragisnya, jika sasaran itu anggota kerajaan, maka kerajaan turut dipandang sama.
Isu yang trending masa ini, adalah berkaitan 8 video membabitkan 8 ADUN Sabah. Video itu jika diteliti, hanya perbualan kupi-kupi atau perbualan kedai kopi. Naratif yang digunakan sama yakni cubaan memerangkap sasaran, dengan TAWARAN KEWANGAN. Apabila disebutkan wang, maka perlu disebut amaun, supaya yang mendengar tertarik, untuk ditambah remah ratus, perisa, untuk disiarkan pempengaruh atau portal mabuk dengan audien, supaya dapat disebar luaskan.
Pihak berkuasa yang boleh mencegah perbuatan jijik ini hanya PDRM dan SPRM. Dua penguatkuasa ini perlu menaruh curiga, jika ada inidividu mengaku sebagai pemberi maklumat (whistleblower), apa tah lagi meminta jaminan bertulis, kerana tidak percaya dengan undang-undang, berkaitan perlindungan. Atas sebab individu seperti ini merupakan agen maklumat palsu dan takut dihukum penjara.
Dalang pembunuh karakter, bermisi.. kerosakan mesti berlaku, dan sasaran terpaksa berbuat mengawal kerosakan. Dalam rangka mengawal kerosakan, hiters, menggunakan berbagai andaian, misalnya, pokok tidak akan bergoyang tanpa tiupan angin, asap tidak akan ada tanpa api.
Berkaitan isu 8 video, Ketua Menteri Sabah, tegas, bahawa kerajaan negeri tiada yang disembunyikan (nothing to hide) bersedia bekerjasama dengan PDRM dan SPRM, tetapi pada masa sama perlu tangkap dan siasat individu yang mengaku sebagai pemberi maklumat, mendedahkan dalang perakam video dan dalang yang mencipta content dan jika dapat dedahkan dalang konspirasi.
No comments:
Post a Comment