Sunday, November 10, 2024

GAGASAN RAKYAT PILIH KOD SOLIDARITI ASAS MENANG PRN SABAH


PAT Gagasan Rakyat Sabah ke-2 di SICC, Kota Kinabalu, Ahad 10 November 2024

GERAKAN 10 diperkasa pergerakkan wanita parti, menunjukkan solidariti digunakan sebagai asas menang PRN Sabah.

1.9 juta pengundi yang bakal menentukan keputusan PRN, bukan mudah disantuni secara fizikal, akan tetapi menerusi G10, dengan kod solidariti, kerja berat menjadi ringan.

Mereka yang bergerak menggunakan kaedah G10, tentu faham akan ampuhnya kaedah tersebut jika diiringi solidariti antara para penggerak.

Sokongan rakyat atau pengundi pada sesebuah parti, apabila penggerak parti atau jentera dapat sampai di pintu rumah rakyat atau pengundi, atau dalam era media sosial ini, jentera , respon seperti “like”, “emoji” tanda suka, dan sebagainya.

Betul secara fizikal, G10 digerakan secara hebat sekali, sepertimana dilaksanakan pergerakan wanita, tiada hari, tanpa kunjungan atau lawatan ke akar umbi, tetapi, kesedihan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Masidi Manjun, berkaitan lemahnya respon atau tindak balas media sosial daripada jentera dan atau penggerak atau penyokong parti, apabila parti dan pemimpin diserang pemimpin atau penyokong lawan, walaupun pemimpin telah memberi jawapan, penjelasan, apakah menerusi kenyataan akhbar, atau media sosial seperti tiktok, X atau facebook, atau media online seperti blog, jika dikongsikan atau “like” pun sangat sedikit.

Mungkin pemahaman “sampai ke pintu rumah” pengundi atau rakyat secara fizikal, belum diterima sama seperti kaedah media sosial, respon, like atau kongsi, sedangkan dalam ero teknologi, semuanya dihujung jari, gerakan fizikal telah diambilalih.

Era teknologi ini, sememangnya setiap kita diperdekatkan, tanpa mengira masa, lokasi, kerana dapat berinteraktif setiap masa, seolah-olah berdepan mata.

Apabila jentera parti di semua peringkat, menggunapakai, pendekatan yang mudah ini, dan diiringi dengan pendekatan fizikal, maka kod solidariti menerusi G10, bukan saja efektif akan tetapi ampuh. Juga melaluinya, mudah dirumuskan, dariada 10 pengundi, berapa untuk parti, atau dalam bahasa warna berapa kategori putih, kelabu dan hitam.

Usaha Biro Penerangan parti yang diketuai Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan patut dipuji, kerana dilihat cuba mengisi kelompangan dalam media sosial, tetapi akan lebih molek dan elok, setiap jentera, semua peringkat, berperanan menyebar luaskan apa yang dikongsikan, termasuk di peringkat setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di setiap DUN.

Betul apa yang dikatakan Timbalan Presiden, kerana dalam pemerhatian penulis, daripada 73 bahagian parti 4 peringkat, sebahagian kecil saja menyebarkan apa yang dikongsikan biro penerangan parti, sedangkan apa yang dikongsikan itu semuanya fakta berkaitan tindakan, pencapaian parti atau kerajaan yang didokong parti.

Sempena PAT ke-2 Gagasan Rakyat, diharapkan tema SOLIDARITI diangkat sepenuhnya tanpa berlengah lagi dan dijadikan asas utama menang PRN-17 Sabah.

No comments:

Post a Comment