Friday, November 22, 2024

BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI

Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.

Musa adalah Ketua Menteri terlama Sabah, dan diberi gelaran Bapa Pembangunan Moden Sabah.

Jasa sebagai pemimpin tidak terkira, terutama meningkatkan hasil kutipan negeri. Semasa dilantik, kewangan Sabah pada tahap yang amat teruk, malah kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar gaji kaki tangan awam.

Era Musa, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dipulihkan, syarikat yang dijual diambil balik, memperluas kawasan hutan simpan kekal (TPA), dan sasaran pada 2030, TPA meliputi 30 peratus keluasan negeri.

Jika Kerajaan pimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berjaya melepasi angka RM5 bilion kutipan hasil negeri, Musa juga mencatit rekod tersindiri, apabila melepasi kutipan hasil negeri yang berdekad-dekad tidak pernah melepasi angka RM3 bilion, tetapi era beliau melepasi angka RM4bilion.

Mereka yang berkempen, konon untuk sampai ke pengetahuan DYMM Agong, adalah mereka yang tinggal dalam gua, kerana tidak sedar, bagaimana latar belakang Musa dimaklumi Agong. Agong yang ada sekarang, bukan sebarangan Agong, sangat peka akan sebarang maklumat, info, malah maklmumat berbagai pemimpin, kerana hubungan baginda dengan mereka.

Jauh sebelum menjadi Agong, hubungan baginda dengan kerajaan Sabah era Tan Sri Musa, bukan calang-calang, termasuk baginda menerbangkan pesawat ke Kota Kinabalu, semata-mata menjadi tetamu khas Ketua Menteri.

Buang masa berkempen, jika untuk tujuan menolak Musa dilantik sebagai TYT ke-11 Sabah, kerana kempen seumpama itu, tiada kesan, tiada bandingan dengan jasa yang diberikan pada rakyat dan negeri Sabah.

Jasa Musa pada rakyat negeri, tidak keterlaluan setara dengan jasa Tun Mustapha dan Tun Fuad.

Hanya mereka yang keji dan tidak tahu berterima kasih, tidak tahu menghargai jasa, tega/sanggup bertindak kotor dan hina, sanggup perbuatan keji berkempen menolak Musa dilantik sebagai TYT.

1 comment: