Wednesday, July 03, 2024

PORTAL PENAJA PENDIDIKAN PERPUSAT SABAH-DILANCAR

Ketua Menteri didampingi Menteri Sains dan Inovasi serta
Pengerusi KYS semasa pelancaran pada Selasa di Menara Kinabalu.

APABILA kerajaan dipimpin oleh pemimpin sentiasa memandang ke hadapan, maka terfikirkan pengwujudan portal berpusat seperti PORTAL TAJAAN PENDIDIKAN SABAH (PTPS).

Menurut Ketua Menteri, PTPS adalah inisiatif baharu di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam memperkasakan bantuan kepada anak-anak Sabah terutama yang melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi melalui gabungan kerjasama badan-badan penaja utama dan pemberi bantuan pendidikan di negeri ini.

Portal berpusat atau one-stop centre bukan sahaja memudahkan akan tetapi memperlancar peluang sama rata untuk mereka yang memohon penajaan.

Portal disertai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), serta agensi pemberi bantuan dalam pendidikan iaitu Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah akan menerima setiap permohonan secara berpusat sebelum diagihkan kepada pihak penaja sesuai dengan tujuan masing-masing.

Dengan adanya permohonan berpusat maka dapat menyelesaikan penajaan bertindih, menjimatkan masa, selain proses pemilihan dapat dilaksanakan secara telus.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor telah melancarkan portal tersebut di Kota Kinabalu pada Selasa, 2 Julai 2024.

Portal atas talian, selain memudahkan para pemohon mengakses setiap bidang yang ditawarkan di mana sahaja mereka berada, juga memudahkan pentadbir portal tersebut mengelompokan setiap permohonan dengan cepat dan pantas, kerana tidak lagi memerlukan kerja-kerja konvesional seperti merekodkan dengan tangan setiap permohonan.

Juga pemohon dengan cepat mendapat maklum balas apa kah permohonan diluluskan/perlu merayu/ditolak.

Nampaknya Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri bersungguh-sungguh memodenkan setiap urus tadbir negeri untuk keselesaan rakyat.

Benar lah halatuju Negeri, iaitu Sabah Maju Jaya, disesuaikan dengan matlamat SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

No comments:

Post a Comment