Wednesday, November 15, 2023

PAT GAGASAN RAKYAT- BUKTI SEMANGAT RUMAH KITA DITERIMA

TERSANGAT jelas gambaran semangat “Rumah Kita” analog Gagasan Rakyat diterima rakyat Sabah.

Kehadiran 3,000 perwakilan, dengan jumlah pemerhati yang hampir sama, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menjadi saksi apa yang berlaku pada petang Isnin, 13 November 2023.

Perwakilan dan pemerhati daripada 73 bahagian seluruh Sabah dan satu bahagian WP Labuan, yang datang berkampung di Ibu Negeri tiga hari sebelum hari persidangan, adalah cerminan penerimaan visi rumah kita, kita jaga dan Sabahfirst.

Apa yang menyuntik semangat dan moral, apabila persidangan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran empat mantan Ketua Menteri Sabah, antara lain Ketua Menteri terlama Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Adalah cukup jelas dan nyata, apabila para pemimpin otai, bersama-sama dengan pemimpin baharu berganding bahu, berganding tangan menyokong suatu perjuangan untuk merealisasikan hasrat, aspirasi rakyat adalah cerminan bahawa perjuangan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu benar dan tepat.

Tidak diragui, pemimpin parti lain yang bertindak sebagai lawan, diluar jangkaan mereka, parti yang hanya dilancar pada 2 Mac tahun ini mendapat sambutan begitu rupa, sama sekali di luar jangkaan mereka, sehingga ada yang turut meroyan, antara lain Pengarah Jentera Pilihan Raya Umno Sabah, saudara Jeffery Nor Mohamed, apabila membuat kenyataan kebudak-budakan, kononnya para pemimpin Gagasan Rakyat adalah muka-muka sama semasa berada dalam Umno.

Kenyataan seumpama itu, dengan sendirinya pemimpin Umno Sabah itu mengakui, bahawa Umno Sabah kehilangan pemimpin berjiwa rakyat, berpandangan jauh, mengerti kehendak dan kemahuan rakyat dan negeri.

Para pemimpin yang dikatakan adalah para pemimpin yang sama, bukan sahaja menukar platform perjuangan, akan tetapi telah “upgrade” perjuangan yang berlandasan tiga teras, iaitu Stabil Politik, Makmur Negeri dan Jaminan Kesejahteraan (SMJ).

Tiga teras perjuangan ini adalah suatu yang dapat digenggam, dapat dirasai secara nyata oleh setiap rakyat, berbeza dengan asas perjuangan sesetengah parti politik yang berbentuk imajinasi dan khayalan.

Pada era ini, cukap jarang ditemui, misi atau teras perjuangan sesebuah parti politik, yang boleh dimilki, dirasai, oleh setiap rakyat, seperti mana teras perjuangan Gagasan Rakyat, iaitu SMJ!!!. Teras perjuangan ini, akan dirasai oleh semua rakyat, kerana mewakili diri mereka sendiri atau dengan kata lain, dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Kejayaan teras ini tersangat jelas, hanya ditentukan oleh rakyat sendiri, bersama pemimpin dan kerajaan.

No comments:

Post a Comment