Thursday, November 09, 2023

ANTARA PARTI DAN PEMIMPIN

RAKYAT kena faham, pengerak kemajuan negeri adalah pemimpin yang memimpin negeri.

Manakala parti, hanya medium untuk menyertai pilihan raya, dan juga organisasi tempat berkumpulnya para pemimpin dan penyokong.

Rakyat Sabah sangat beruntung, kerana terdapatnya rekod pemimpin dan parti yang pernah menerajui kerajaan.

Selain itu, rakyat juga merasai dalam tempoh enam dekad, enam kerajaan lama diganti enam kerajaan baharu.

Dalam tempoh enam dekad, masing-masing pemimpin ada rekod tersendiri, yang berjaya dan yang tidak.

Pemimpin yang terbaik, menunjukkan pecapaian yang lebih baik berbanding pemimpin sebelumnya. Manakala pemimpin yang gagal, adalah pemimpin penyebab kemusnahan, yang ditandai dengan perekonomian yang merudum, rezab kewangan yang menurun, hasil kutipan negeri tidak meningkat, selain kegagalan memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Tanda pemimpin yang lebih baik antara lain, apabila dapat memulihkan ekonomi, dapat meningkatkan kutipan hasil negeri, dapat meningkatkan rezab kewangan negeri, dapat meningkatkan nilai perdagangan, meningkatnya pelaburan, dapat mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan, bertambahnya peruntukkan untuk biasiswa, bantuan kebajikan, membaiknya kemudahan asas, dan yang paling mustahak adanya pasukan pentadbiran yang tidak kenal penat lelah.

Parti yang kuat pula, adalah parti di mana pemimpin yang menerajui kerajaan itu bernaung.

Di Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah parti gabungan yang dipimpin oleh pemimpin yang menerajui kerajaan. Ertinya semasa pilihan raya, gabungan ini lah digunakan untuk menyertai pilihan raya.

Mana-mana pemimpin yang menggunakan parti selain GRS bukan lah pemimpin yang telah membawa kemajuan kepada negeri dan rakyat.

Pada PRN17 akan datang, cukup jelas pada rakyat, memberi mandat pada GRS adalah juga memberi mandat pada kerajaan Sabah yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

No comments:

Post a Comment