SEMALAM di Kota Kinabalu, Sabah- Perdana Menteri mengatakan untuk tahun ini (2023) jumlah subisidi yang ditanggung kerajaan mencecah RM81 bilion.
Barangan yang disubsidi selain petrol/diesel, juga elektrik, makanan seperti beras, minyak masak, telor dan ayam dan barangan terpilh.
Jika subsidi itu dinisbahkan dengan jumlah rakyat negara ini yang berjumlah 33 juta, ertinya setiap rakyat termasuk bayi, mendapat subsidi RM7 sehari.
Walaupun subsidi adalah satu bebanan kewangan negara, akan tetapi kerajaan tiada pilihan, apabila sebahagian besar rakyat tidak mempunyai pendapatan boleh guna. Tanpa subsidi, golongan ini menerima kesan.
Di negara ini, walaupun subsidi diberikan akan tetapi kos sara hidup measih menghantui sebagai besar rakyat.
Betul, tiada mana-mana negara boleh bertahan dengan menanggung subsidi yang besar. Atas sebab itu, untuk menjamin kewangan negara untuk tujuan pembangunan tidak terkesan, maka rasionalisasi subsidi perlu dilakukan.
Hakikatnya, pilihan tepat kerajaan untuk mengurangkan beban subsidi adalah menerusi pengwujudan peluang-peluang pekerjaan. Pekerjaan yang berproduktiviti jauh lebih baik berbanding memberi subsidi.
Selain itu menerusi pekerjaan, maka pendapatan boleh guna juga turut meningkat, pada gilirannya dapat menangani beban kos sara hidup.
Selagi peluang pekerjaan terhad, selagi itu, kerajaan terpaksa menanggung subsidi tinggi, kerana tidak mahu ada rakyat di negara ini gagal menyediakan makanan atas meja.
Di Sabah, tindakan kerajaan Negeri yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyediakan RM175 juta untuk disalurkan pada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan sebagai suntikan modal untuk mengembangkan agensi/syarikat agar dapat menyerap pencari kerja daripada golongan miskin tegar (terdaftar dalam e-kasih) bagi jawatan pekeranian ke bawah, merupakan satu tindakan tepat dan jitu.
Terpulang pada agensi/syarikat yang dipilih, apa kah suntikan modal ini boleh mensifarkan golongan miskin di Sabah, menerusi pelipatgandaan modal itu, agar boleh bertahan dalam jangka masa panjang.
Jangan nanti, suntikan modal ini, digunakan untuk membayar gaji pada mereka yang diambil bekerja, kemudiannya selepas wang itu digunakan, maka berakhirnya suntikan modal itu.
Suntikan modal oleh kerajaan ini, perlu digunakan untuk mengembangkan aktiviti agensi/syarikat, dan perlu menjana bukan sahaja hasil pada agensi.syarikat juga dapat membuka lebih banyak lagi peluang-peluang lain.
No comments:
Post a Comment