Saturday, October 21, 2023

MEDSOS WARISAN-MAWAR CHANNEL- PERCAYA PEMBOHONGAN SENDIRI

WALAUPUN MAWAR CHANNEL untuk mereka yang percaya pada pembohongan sendiri, akan tetapi, apabila paparan mengaitkan Tan Sri Musa Aman sebagai latar pembohongan, maka diperlukan respons, agar golongan diluar kelompok pembohong terbaca paparan dalam channel itu tidak keliru.

Admin Mawar Channel seperti mana juga pemimpin Parti Warisan, tanpa menyebut nama Musa, seolah-olah mereka makan makanan tanpa garam. Ertinya, dimata mereka, mereka tidak mempunyai kesan apa-apa, tanpa menumpang pada nama Tan Sri Musa.

Kerana kalah pada PRN16 Sabah, maka mereka mencipta pembohongan, kononnya kerana Musa menyuntik RM500 juta dana pada GRS.

Walaupun tahu suntikan dana RM500 juta membantu GRS semasa PRN16 Sabah hanya rekaan dan tidak wujud, akan tetapi admin channel itu benar-benar percaya pada pembohongan sendiri. Apabila percaya dengan pembohongan sendiri, maka menganggap orang lain juga percaya.

Admin channel itu, kalau ada fikiran atau akal sedikit, RM500 juta itu bukan kecil. Jumlah wang itu jika digunakan pada pilihan raya Sabah ke-16, semua calon GRS menang tanpa bertanding, termasuk di DUN Senallang.

Oleh kerana channel itu, seperti kucing bermain dengan ekornya, maka sentiasa berkhayal dengan pembohongan sendiri.

Seperti juga Edisi Panas Sabah, apabila dapat menjual pembohongan, sehinggakan pelabur membatalkan hasrat melabur, dan apabila misi itu tercapai, maka edisi itu hilang tanpa kubur.

Kini, Admin channel itu, mencipta pembohongan baharu, bahawa Musa dan kumpulannya? cuba menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, dengan mengaitkan pemimpin yang suatu masa lalu adalah “rakan-rakan” Musa dalam politik dan kini bersama dengan Gagasan Rakyat.

Untuk makluman admin Mawar Channel Hajiji adalah pemimpin pilihan utama Musa sebagai pengganti.

Gerakan Julai 2020, jika Musa berjaya dilantik Ketua Menteri, maka hanya untuk 6 bulan, selepas itu, Hajiji akan mengambil alih. Oleh kerana Shafie membubarkan DUN, maka mempercepat Hajiji menjadi Ketua Menteri.

Musa adalah pemimpin yang mempunyai integriti yang tiada galang ganti. Sesiapa yang mengenali mantan Ketua Menteri itu, sebarang keputusan termasuk lisan, adalah satu perjanjian. Musa adalah seorang pemimpin yang memegang janji, seorang yang mengenang budi. Seorang pemimpin yang tidak mengkhinati kawan.

Pemimpin seperti Musa, tidak akan sanggup melihat, kemajuan Sabah yang dilakar menerusi HALA TUJU SABAH yang diperkenal pada tahun 2003, hancur berkicai hanya dalam tempoh 26 bulan ditangan Datuk Shafie Apdal.

Pertumbuhan ekonomi Sabah rata-rata 8 peratus setahun, tahun 2017 (8.7 peratus), menjunam 1.5 peratus pada tahun 2018, dan terus menjunam sehingga Negatif 9.2 peratus, pada tahun 2020, dan diwariskan kepada kerajaan GRS yang mengambil alih pada september 2020.

Kerana ekonomi Sabah menunju kemusnahan, maka Musa melakukan gerakan menumbangkan Kerajaan Warisan yang dipimpin Shafie, dan terbukti, Musa mendapat sokongan majoriti mudah pada 29 Julai 2020, namun Shafie enggan meletakkan jawatan sebaliknya membubarkan DUN.

Oleh kerana rakyat sedar, ditangan Shafie dan Warisan, ekonomi Sabah hancur, maka rakyat Sabah memberi mandat pada GRS membentuk kerajaan, dan melantik Hajiji Sebagai Ketua Menteri.

Isu tanah Pulau Balambangan yang dibocorkan oleh pegawai kerajaan yang bertindak gunting dalam lipatan, kemudian diputar belit termasuk ulasan daripada Datuk Aziz Jamman, Ketua Penerangan Warisan, bukan sahaja berunsur fitnah tetapi pembohongan bersiri amalan pemimpin parti itu, dan tentunya pendekatan para penyokong termasuk lah admin Mawar Channel.

Apabila gagal mencapai matlamat, maka mendakwa pula, individu yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan itu ada kaitan menumbangkan Hajiji dikalangan pemimpin Gagasan Rakyat yang ada sejarah hubungan dengan Musa.

Kepada para pencacai Warisan termasuk admin Wawar Channel, pembohongan yang anda buat itu, tidak pun memberi sebarang kesan hubungan antara Musa dan Hajiji, kerana mereka sedar dan tahu, fitnah dan bohong adalah adalah trade mark pemimpin dan penyokong parti Warisan.

Kepada pemimpin dan penyokong Warisan termasuk Admin Mawar Channel, jangan lah cemburu dengan hubungan antara para pemimpin Gagasan Rakyat yang dipimpin Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Semua pemimpin dalam Gagasan itu bersetia sebagai satu pasukan, bagaikan lokomotif, ke mana hala tuju kepala, disitu lah gerabak akan bergerak. Tidak seperti parti Warisan, sebuah parti menuju matahari terbenam,menunggu untuk dikuburkan.

Parti yang berfaksi pada pembohongan untuk menarik sokongan rakyat, tidak akan ke mana-mana, seperti hubungan kabus dan gunung, hilang kabus nampak lah gunung.

No comments:

Post a Comment