Thursday, October 12, 2023

JAMBATAN SUNGAI DAMIT TUARAN SATU PEMBAJIRAN?

JAMBATAN Sungai Damit Tuaran adalah satu projek Persekutuan yang diluluskan pada 24 Mac 2017 bernilai RM18 juta. Kerja-kerja pembinaan dilaksanakan pada 20 April 2018 dan sepatutnya siap pada 19 Oktober 2019.

Pembinaan Jambatan Sungai Damit memberi manfaat kepada kira-kira 7,000 penduduk kampung Sawah, Sungai Damit, Bintangor, Pitas,Bantayan, Damat dan Bontoi.

Oleh kerana jambatan itu didapati tidak selamat untuk digunakan, maka dicadangkan untuk dirobohkan dan membina jambatan baharu.

Jika jambatan itu dirobohkan, maka ianya bukan sahaja membajirkan kewangan juga masa, selain terbantutnya penyediaan kemudahan pada orang ramai.

Jambatan yang berukuran 104 meter itu terletak antara Pekan Tuaran lama, dengan perkampungan yang dipisahkan oleh Sungai Damit.

Tidak pasti dimana silapnya, sehinggakan jambatan itu didapati tidak selamat, apakah terletak pada kualiti bahan yang digunakan atau kah kontraktor yang dilantik tidak mempunyai kepakaran, walaupun semasa pembinaan ianya dikawal selia pihak Jabatan Kerja Raya dan dipantau oleh SEDIA.

Apabila pembinaan sesebuah kemudahan awam yang terpaksa dirobohkan sebelumpun dibuka, biasanya terkait dengan kualiti pembinaan termasuk isu kejuruteraan yang terkait dengan quality assurance.

Persoalan yang timbul mengapa kualiti rendah? Mengapa berlaku Engineering Defect? Sebab itu pembinaan jambatan ini mengundang siasatan, untuk mengenalpasti punca. Adalah malang, kerana isu tidak selamat digunakan, lalu dirobohkan, dan seterusnya pihak yang diberi tanggungjawab membina jambatan itu terlepas begitu sahaja, termasuk syarikat konsultan yang dilantik.

Isu-isu kualiti rendah berkaitan kemudahan awam sangat berleluasa di Sabah, bukan sahaja berkiat jambatan, akan tetapi juga jalan raya, perpaipan, malah bangunan-bangunan seperti sekolah, klinik dan sebagainya.

Ada dua penyebab kualiti rendah.. pertama bahan yang digunakan tidak mengikut piawaian/speksifikasi, kedua kontraktor pelaksana tidak mempunyai kepakaran.

Atas sebab itu, untuk menyelamatkan wang rakyat, maka satu penyiasatan menyeluruh perlu dibuat, agar kejadian sebegini tidak berulang, kerana jika berterusan, ianya sangat merugikan wang selain manafikan keselelesaan (comfort) pengguna.

No comments:

Post a Comment