Tuesday, October 24, 2023

GUNAKAN KEDUDUKAN MENTERI PERSEKUTUAN TINGKAT PERUNTUKAN PERSEKUTUAN UNTUK SABAH

BELANAJAWAN 2024 peruntukan pembangunan untuk Sabah RM6.6 bilion, sementara Sarawak RM5.8 bilion, manakala Semenanjung RM77.6 bilion.

Merujuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tiga wilayah ada lah equal partner, akan tetapi daripada segi peruntukan tidak.

Persetujuan Sabah dan Sarawak menyertai Malaya pada tahun 1963, selain membendung pengaruh komunis, juga kerana mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan, sama seperti di Malaya (kini dirujuk sebagai Semenanjung).

Selepas 60 tahun, harapan rakyat Sabah tinggal harapan. Jika rakyat Semenanjung bercakap kereta elektrik, rakyat Sabah bercakap jalan berlubang.

Jelajah DiRaja aka Kembara Kenali Borneo pada 3-13 September, pasangan Yang DiPertuan Agung dan Permaisuri Agung merasakan sendiri bagaimana kedudukan kemajuan dan pembangunan Sabah. Perbezaan yang amat ketara, antara tiga wilayah.

Nampaknya kemajuan dan pembangunan, Sabah terpaksa menunggu 60 tahun lagi, untuk mendapatkan keadaan di Semenanjung pada hari ini, dan pada masa itu, tidak dapat dibayangkan betapa maju dan membangunnya Semenanjung.

Apa yang pelik, pemimpin Sabah yang menjadi menteri Persekutuan, angguk-angguk dengan jumlah peruntukan itu, ketika mana hadir dalam mesyuarat jemaah menteri, akan tetapi apabila pulang ke Sabah berlagak jaguh, dengan mempersoalkan perlantikan jawatan-jawatan politik, termasuk perlantikan ketua-ketua adat.

Membangkitkan sokongan pada 10 Januari 2023, maka kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor boleh kekal, dengan menggunapakai sokongan itu untuk menuntut jawatan-jawatan politik dengan berselindung menerusi perkongsian kuasa.

Mengapa nampak yang kecil? Mengapa tidak yang besar?

Membangkitkan perlantikan jawatan diperingkat akar umbi, walaupun kenampakkan kecil tetapi mempunyai kesan besar dalam politik, kerana golongan yang dirujuk hanya nampak yang kecil, leka terhadap yang besar.

Politik Sabah boleh berubah kerana perkara kecil, seperti mana yang lalu-lalu. Kerana latar belakang politik Sabah demikian, mengapa masih menggunapakai pendekatan yang sama? Sedangkan dengan jelas, perubahan politik yang kerap telah menyumbang kepada kemunduran negeri.

Kerana politik Sabah tidak berkedudukan kuat, maka peruntukan pembangunan tidak dirujuk pada MA63.

Betul 24 Ahli Parlimen Sabah, kecuali Ahli Parlimen Beluran menyokong Kerajaan Persekutuan, akan tetapi di peringkat negeri masih bercakaran, ertinya ada yang enggan Sabah diberikan peruntukan besar, kerana bimbang apabila peruntukan besar, maka kerajaan off the day mendapat nama, dan disokong terus oleh rakyat.

Penulis menyokong ucapan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffery G Kitingan semasa perbahasan “supply bill” di Dewan Rakyat pada Isnin, bahawa peruntukan untuk Sabah dan Sarawak perlu lah sekurang-kurangnya 25 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan, agar jurang kemajuan dan pembangunan antara tiga wilayah jangan terlalu lebar. Jika pun kerajaan Persekutuan tidak bersedia, maka untuk Sabah, bayarlah 40 peratus kutipan hasil Persekutuan daripada Sabah setiap 3 bulan sekali, agar wang itu boleh digunakan membina kemudahan yang diperlukan negeri dan rakyat.

No comments:

Post a Comment