Tuesday, October 17, 2023

DI SEBALIK TIADA KERJASAMA DENGAN PEMBELOT

MAKSUD pembelot di sini adalah penyebab satu kerjasama terlerai/bubar, kesan salah satu pihak yang bekerjasama itu berpakat dengan pihak musuh atau lawan menyikirkan kawan sendiri.

Seseorang yang mengambil pendirian memilih platform perjuangan selepas sesuatu kerajsama terlerai atau bubar tidak boleh diertikan sebagai pembelot.

Datuk Masiung Banah yang membangkitkan soal kerjasama dengan pembelot mendapat kritikan daripada pihak lawan, kerana mendakwa ADUN Kuamat itu  juga adalah pembelot.

Menurut pengamatan penulis, Masiung tidak boleh dikategorikan sebagai pembelot. Wakil rakyat itu menjadi mangsa keadaan, apabila parti yang dianggotai bertindak sebagai pembelot.

Selepas PRU14, UPKO yang ketika itu bersama Barisan Nasional (BN) telah menubuhkan kerajaan Negeri, akan tetapi parti itu kemudiannya membelot untuk menyokong Parti Warisan untuk mengambil alih kerajaan negeri. Oleh kerana beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu, maka keluar sebagai ahli UPKO, kemudiannya menjadi salah seorang wakil rakyat yang menyokong Tan Sri Musa Aman bersama 30 ADUN lain bercadang menubuhkan kerajaan negeri pada Julai 2020.

Pada PRN16 Sabah September 2020, beliau bertanding atas tikit bebas di DUN Kuamut. Selepas PRN itu, kekal sebagai ADUN Bebas akan tetapi mesra kerajaan sebelum menyertai Gagasan Rakyat pada Februari 2023.

Bukti bukan pembelot apabila pengundi DUN Kuamut memberi mandat pada beliau pada PRN16 Sabah, apabila beliau bertembung dengan calon daripada UPKO, mantan parti beliau dan calon Umno mewakili BN-PN (GRS).

Kesan pembelotan selepas PRU14, sehingga sebuah kerajaan tumbang, kemudiannya tindakan pembelotan pada 6 Januari 2023, yang hampir menumbangkan kerajaan, menghantui wakil rakyat Kuamut itu, dan atas sebab itu, membangkitkan agar Gagasan Rakyat parti yang beliau pilih sebagai platform perjuangan politik jangan terjebak dengan parti kumpulan pembelot.

Kumpulan pembelot adalah punca politik Sabah tidak stabil, dan juga punca perubahan kerajaan. Tindakan lampau itu perlu dinoktahkan, jika politik Sabah terus stabil, dan parti yang diberi mandat rakyat terus menerajui kerajaan.

Tindakan pembelotan bukan sahaja politik Sabah tidak stabil akan tetapi menunjukkan kelemahan. Apabila politik tidak stabil dan parti yang memerintah tidak kuat, maka negeri kehilangan kuasa berunding (bargining power). Kuasa berunding akan wujud apabila semua bersatu sebagai satu pasukan, kerana tiada mana-mana pihak yang bertindak sebagai musuh dalam selimut.

No comments:

Post a Comment